MALAYSIAKINI
Malaysia mesti menyanjungi kejayaan pasukan negara beraksi di peringkat
akhir Piala Thomas dengan bersama-sama menentang pihak yang mengeluarkan
kenyataan menghina kaum Cina, kata Datuk Zaid ibrahim.
“Mari kini bersama-sama nyatakan bahawa kita menentang politik kebencian.
“Kita pilih badminton, yang terbukti menjadi penyebab kepada rakyat
negara ini untuk bersatu padu,” kata bekas menteri undang-undang itu.
Menulis dalam blognya, Zaid (atas) berkata, kepulangan pasukan
Malaysia daripada New Delhi, yang pemainnya kebetulan bukan bumiputera
dan bukan Islam, harus disambut tanpa tanpa sebarang kecurigaan.
“Apabila mereka pulang, ayuh alu-alukan mereka. Jadikanlan cinta mereka
pada badminton dan negara terbalas. Mari kita tunjukkan penghargaan
dengan tidak meragui kecintaan dan kesetiaan mereka pada negara ini.
“Kita berhutang budi kepada mereka, bukan hanya sehari atau sepanjang demam Piala Thomas, tetapi selama-lamanya.
“Kita perlu menghentikan apparatchik politik tidak
bertanggungjawab dan tentera upahan daripada mengeluarkan kata-kata
seperti pendatang atau menggelar orang Cina tidak bersyukur,” katanya.
Katanya, walaupun Malaysia tertinggal 2-3 di belakang Jepun malam tadi, Zaid merasakan tidak adil ungkapan tewas digunakan.
“Kerja keras dan pengorbanan mereka sungguh memberi inspirasi, kerana
berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri dalam permainan.
“Mereka tidak lakukannya untuk diri mereka sendiri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan