KL TODAY
KUALA LUMPUR – Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dikenakan kepada pakej penerbangan menunaikan haji dan umrah.
Timbalan
Pengarah Unit GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Tan Sim Kiat
berkata, ini kerana perkhidmatan yang ditawarkan oleh ejen pelancongan
tempatan (LTA) untuk diuruskan bagi pelancongan ke luar negeri hanya
akan dikenakan yuran biasa.
“Ini
sebagai komisen LTA membantu perjanjian perdagangan bebas (FTA) untuk
menawarkan pakej pelancongan ke luar negara. Komisen yang diterima oleh
LTA merupakan yang tertinggi,” katanya ketika Persidangan GST Kebangsaan
berhubung pelaksanaan GST terhadap tiket penerbangan dan pakej
pelancongan, semalam.
Bagaimanapun, katanya, yuran perkhidmatan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa akan dilakukan mengikut taraf standard.
“Untuk
pelancongan domestik, LTA yang bertanggungjawab menguruskan pakej
pelancongan tanpa mengira ia dijual kepada pelancong tempatan atau asing
akan dikenakan bayaran standard kepada mereka.
“Jadi LTA
akan mendapat komisen dari hotel atau bilik penginapan pelancong
berdasarkan bayaran standard yang dikenakan kepada mereka,” ujarnya.
Terdahulu,
Pengarah Eksekutif Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd (Tams),
Yong Poh Chye dilaporkan berkata, semua penerbangan domestik di negara
ini bakal dikenakan GST apabila sistem percukaian baharu itu
dilaksanakan April tahun depan.
Bagaimanapun,
katanya, penerbangan ke luar negara, walaupun daripada syarikat
penerbangan Malaysia, tidak akan dikenakan GST kerana GST dikenakan di
Malaysia sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan