HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Julai 2014

Isu Khalid: Nik Aziz salah info, kata pemimpin PKR

Oleh Shawaliah Hadir

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Dua pemimpin kanan PKR yakin Murshidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak mendapat maklumat lengkap mengenai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila menolak cadangan PKR yang mahukan beliau diganti. 
 
Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani yakin faktor kesihatan sedikit sebanyak memberikan kesan yang mengekang Nik Aziz daripada mendapatkan maklumat lengkap mengenai Khalid.
 
"Mungkin Tok Guru sakit, peluang untuk beliau dapat maklumat tentang apa yang berrlaku di Selangor agak terbatas. 
 
"Mungkin juga tidak ramai yang jika datang menziarah beliau, bercakap tentang politik. (Jadi) sudah tentulah maklumat-maklumat yang terkini tidak didapati.
 
“Saya jangka dan saya yakin kalau sekiranya Tok Guru mempunyai masa yang cukup dan mendapat maklumat dari sumber yang sahih saya yakin sangat dia akan tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu,” kata Johari kepada Antarapos.
 
Abdullah turut berkongsi pendapat itu dan berharap PAS menghormati persefahaman Pakatan Rakyat mengenai hak parti komponen mengambil tindakan tanpa campurtangan anggota lain dalam gabungan itu. 
 
"Masalahnya Tok Guru Nik Aziz tidak dapat info, kalau dia dapat info dia akan tahu.
 
"Kalau nak diceritakan apa yang berlaku kepada dia (Nik Aziz) dia pun akan terkejut, jadi saya tidak ambil perkara ini sebagai isu yang besar. 
 
"PAS kena faham dan hormat kedudukan PKR dan DAP... kalau bukan kawasannya tidak payahlah (masuk campur),” kata Abdullah.
 
Dalam kenyataannya Nik Aziz yang berundur sebagai Menteri Besar Kelantan tahun lalu kerana uzur, menggesa  ahli PAS menolak cadangan PKR yang mahu Khalid dikekalkan. 
 
Justeru menurut beliau, akar umbi PAS harus menyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk selaku presiden PAS untuk membela Khalid. 
 
"Setelah satu penggal beliau (Khalid) memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan," kata Nik Aziz dalam kenyataan.
 
Tanpa sokongan PAS, laluan PKR semakin sukar  mendapatkkan perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk Wan Azizah menggantikan Khalid. 
 
PKR mempunyai 14 kerusi dalam DUN Selangor berbanding PAS dan DAP masing-masing 15 dan Barisan Nasional 12.

Tiada ulasan: