HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Julai 2014

Warga Emas Maut Ditetak Anak Kurang Siuman

RAKYATNEWS


alt

 

KUALA LUMPUR  - Seorang warga emas maut ditetak dengan senjata tajam oleh anaknya yang kurang siuman di sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan Sentul, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy, berkata dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 74 tahun, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di atas tilam dengan kesan tetakan di bahagian kiri mukanya.

"Polis terima panggilan kecemasan daripada seorang wanita memberitahu bahawa kakaknya yang kurang siuman telah memukul ibunya sehingga mati.

"Terdapat kesan tetakan pada muka mangsa dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam," katanya di sini, hari ini.

Katanya, polis menahan suspek berusia 45 tahun itu di lokasi kejadian dan kini direman untuk siasatan lanjut.

Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: