HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Julai 2014

Umno Selangor gesa Exco agama nyata pendirian bantah projek pusat judi Bukit Tagar

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Umno Selangor menggesa kerajaan negeri khususnya Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi agar menyatakan pendirian tegas menolak pembinaan Pusat Judi Lumba Kuda terbesar di Asia di Bukit Tagar.
 
Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, sekiranya kerajaan negeri mengambilkira sensitiviti penganut agama Islam di kawasan berkenaan dan juga seluruh Selangor, mereka sewajarnya mengambil pendekatan untuk bersikap tegas dan tidak berkompromi.   
 
Exco agama yang dilantik dari kalangan PAS. Saya harap Exco membuat pendirian yang tegas. Saya harap sangat mewakili penduduk sekitar yang beragama Islam, dan mewakili Selangor, saya mengharapkan Exco membuat ketetapan dan pendirian yang tegas supaya menolak permohonan ini," katanya kepada Antarapos.
 
Malah katanya, sewaktu Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), projek berkenaan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan negeri ketika itu kerana mengambilkira faktor berkenaan.   
 
"Dari 2005 lagi, kita BN menolak.. mungkin daripada pihak yang nak memajukan, orang yang meniaga ini mereka tak berputus asa.. mereka terus berusaha untuk mendapatkan peluang nak meniaga.
 
"Cuma di selangor ini, kawasan yang nak dibuat kena diambilkira. Majoriti di kawasan itu saya difahamkan, bukan saja NGO, malah masyarakat sekeliling pun membantah
 
'Kita orang Islam, sensitif.. mungkin kawasan itu akan jadi 'panas'. Kita Badan Perhubungan Negeri membantah sekeras-kerasnya," katanya lagi.
 
Sebelum ini, tiga badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) telah membuat laporan polis dan menghantar memorandum kepada kerajaan negeri bagi menggesa agar projek pembinaan pusat judi itu dibatalkan. 
 
Selain tidak menghormati sensitiviti penganut agama Islam, pembinaan pusat judi berkenaan juga dikhuatiri akan membiakkan kegiatan tidak sihat di kalangan masyarakat Melayu Islam.

Tiada ulasan: