HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Julai 2014

Jerebu: Pelabuhan Klang IPU tidak sihat jam 9 pagi

SELANGOR KINI

 

SHAH ALAM : Pelabuhan Klang, Seri Manjung dan Sibu merupakan tiga kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat 9 pagi ini.

Menurut laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Pelabuhan Klang ialah 117, Seri Manjung (102) dan Sibu (149).

jerebuBacaan IPU di Shah Alam pula ialah 93, masih dalam kategori sederhana namun menghampiri paras tidak sihat.

Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik atau sederhana.

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 300).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.

Tiada ulasan: