SHAH ALAM: Tindakan nekad Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengumumkan isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon
yang terbaik menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar
Selangor akhirnya memakan diri.
Memetik laporan Bisik-Bisik Awang Selamat, bukan sahaja ahli
PKR sendiri yang mula menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan
menggulingkan Menteri Besar Selangor, malah rakan komponen Pakatan
Rakyat (PR) turut memberi respon negatif.
Penolakan rakyat dan banyak pihak dalam isu ini bukan sahaja terhadap Wan Azizah malah kepada Anwar.
"Apabila Awang dedahkan minggu lepas tentang Penasihat PKR, Anwar
Ibrahim tetap mahukan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail yang juga
presiden boneka parti itu sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan
Khalid Ibrahim, ramai yang memberikan respons.
"Ada pemimpin PKR yang marah-marah apabila Awang nyatakan PKR boleh
kehilangan Anwar tetapi implikasi besar menanti jika ketiadaan Khalid di
Selangor selagi penggal pentadbirannya belum berakhir," katanya dalam
kolumnis Analisis Utusan Mingguan hari ini.
Pendirian Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang bahawa Khalid perlu terus
kekal kerana cara pentadbirannya dengan sikap integriti selain amanah
kepada rakyat merupakan dilihat tamparan untuk Anwar yang sepertinya
'syok sendiri' dalam memilih pengganti Menteri Besar.
Anwar serta isterinya sendiri dinasihati untuk lupakan hasrat 'jahat'
menjatuhkan Khalid dan menumpukan usaha menangani masalah pemilihan
parti yang masih dihantui isu penipuan, pergaduhan dan pemilihan semula
yang tidak selesai-selesai.
Rabu lalu, Anwar dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan
Pusat PKR mengumumkan Khalid perlu digantikan dengan Wan Azizah yang
juga merupakan Presiden parti itu.
Keputusan itu akhirnya mengundang reaksi yang tidak memuaskan daripada
PAS yang melihat Khalid sebagai individu yang layak untuk terus
menerajui Selangor.
Sebelum ini PKR sendiri yang mengesahkan bahawa 'Langkah Kajang' pada
Pilihan Raya Kecil DUN itu MAC yang lalu adalah usaha untuk menukar
Khalid Ibrahim.
Namun usaha itu gagal apabila niat Anwar mahu merampas jawatan Khalid terbantut kerana kes Liwat II nya.
Khalid tidak disukai beberapa pemimpin PKR kerana sering membelakangkan
parti dalam membuat keputusan khususnya yang melibatkan pentadbiran
kerajaan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan