HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Julai 2014

'SOSMA bolehkan pesalah MH17 dibicarakan di M'sia'

MALAYSIAKINI


 


Peruntukan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) membolehkan dalang nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, 17 Julai lepas, dibicarakan di negara ini.
  
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun berkata biarpun Akta SOSMA mempunyai peruntukan tersebut namun beberapa perkara masih perlu diselesaikan sebelum undang-undang tersebut dapat dilaksanakan.
  
"Mengikut peruntukan SOSMA, sebarang kesalahan jenayah terhadap Malaysia termasuk kesalahan di luar negara, kita (Malaysia) mempunyai hak untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang negara ini," katanya pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Bangunan Dewan Undangan negeri (DUN) lama di Petra Jaya di Kuching hari ini.
  
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas selepas dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu oleh puak pemberontak ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
  
Wan Junaidi berkata tiga aspek perlu diberi perhatian sebelum Akta SOSMA dapat dilaksanakan iaitu mengenal pasti pelaku, mempunyai bukti dan memperoleh kebenaran pihak berkuasa negara asal pesalah sebelum dibawa dan dibicarakan di negara ini.

Tiada ulasan: