HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Julai 2014

MH17: 60 Kes Diproses Setakat Ini - Ketua Pasukan DVI

 
 

UTRECHT (Belanda): Proses pengecaman mangsa bencana (DVI) di Hilversum dijangka selesai dalam tempoh dua hingga tiga minggu dengan kira-kira 60 kes sudah diproses setakat ini, kata ketua pasukan Malaysia, Dr Mohd Shah Mahmood.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa proses sebenar untuk membuat pengecaman mangsa tidak dibuat di pangkalan perubatan tentera di situ tetapi dilakukan oleh pasukan khas di The Hague.
Beliau menjelaskan bahawa pakar-pakar forensik di Hiversum bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat bedah siasat, termasuk cap jari, rekod pergigian dan sampel DNA.
"Proses penyelarasan, yang sepadan dengan data bedah siasat dengan data ante-mortem (sebelum kematian) akan dilakukan di ibu pejabat pusat di The Hague," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Tiada ulasan: