HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Julai 2014

Zuhdi: Taati Khalid hingga mandatnya tamat

MALAYSIAKINI




 
 
 
Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki terus mengkritik rancangan PKR untuk menggantikan menteri besar Selangor sekarang.

Terkini, Zuhdi menerusi satu tulisan di laman Facebook menyeru agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan peluang menghabiskan tempoh pentadbirannya sehingga pilihan raya akan datang.

Tegasnya, ia selaras dengan satu hadis Nabi yang menyeru umat Islam mentaati pemimpin "selagi tidak disuruh kepada maksiat".

"Demikian juga dalam kes Khalid Ibrahim, mari kita jadikan hadis itu panduan.

"Berikan mandat kepada dia, walaupun ada perkara yang kita suka dan ada perkara yang tidak suka, selagi mana dia tidak menyeleweng dan rasuah.

"Lepas tamat tempoh mandat, kita boleh lantik yang lain," tulisnya.
 

Tiada ulasan: