HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Julai 2014

Kenyataan Dr Zuhdi tiada kaitan Pas Selangor


Parti PAS  
Parti PAS



SHAH ALAM - Pas Selangor mendakwa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pandangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki melalui sistem aplikasi Whatapps yang telah dibocorkan baru-baru ini.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pandangan yang dibuat oleh Dr Zuhdi merupakan analisis dan pendapat peribadi yang diputuskan oleh dirinya sendiri.

"Tidak ada sebarang perbincangan terhadap sebarang isu seperti yang dinyatakan beliau.

"Pas Selangor masih komited dan setia kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mesej Whatsapp bukan pendirian peribadi saya ]

Kelmarin, sebuah paparan skrin mesej perbincangan kumpulan Whatapps AJK Pas Pusat mengenai isu di Selangor tersebar luas melalui pelbagai aplikasi media massa.

Dalam paparan itu, terdapat analisis yang dikatakan daripada Dr Zuhdi yang berpendapat Pas masih boleh mengekalkan Selangor menerusi kerjasama dengan Umno.

"Pandangan yang dibuat oleh Dr Zuhdi tidak memberi kesan kepada Pas Selangor dan ia datang dari beliau sendiri.

"Kami jamin kepada rakan PR, kami tidak ada rekod yang menunjukkan Adun kami menyertai Umno atau BN," katanya lagi.

Tiada ulasan: