PERMATANG PAUH:
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merupakan
tugas dan tanggungjawabnya untuk mengambil alih peranan sebagai Menteri
Besar Selangor apabila parti sudah pun membuat keputusan berhubung
perkara itu.
"Semua jawatan yang saya pegang adalah satu tanggungjawab.
"Malah
tanpa jawatan pun, ia merupakan khidmat kepada rakyat," katanya pada
majlis keagamaan di masjid Permatang Nibong di sini, Rabu.
Mengenai
dakwaan sebagai MB bahawa beliau sekadar "boneka" kepada suaminya,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: "Beliau berada di
penjara ketika saya dilantik sebagai presiden (parti).
"Mereka
boleh mengkritik apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kita mempunyai
satu pasukan dan kerja sepasukan yang kita tekankan di sini," katanya.
Majlis Pimpinan Pusat PKR pada minggu lalu mencadangkan Dr Wan Azizah untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Pada
Rabu lalu, keputusan parti untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim dipersetujui secara dasar oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat, DAP
dan PAS.
Bagaimanapun
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu
mempertahankan Khalid dengan menyatakan bahawa beliau mahu Menteri Besar
Selangor itu dikekalkan.
Mengulas
kenyataan Abdul Hadi itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata,
kenyataan Presiden PAS itu adalah pandangan peribadi dan bukannya
pendirian rasmi parti.
Mursyidul
Am PAS, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong pandangan Abdul
Hadi dengan menyatakan bahawa Khalid tidak melakukan sebarang kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan