HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Julai 2014

Briged Al-Qassam nadi kebangkitan pembebasan bumi A-Quds

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Briged Al-Qassam menjadi tunjang utama kebangkitan rakyat Palestin menumbangkan rejim Zionis Israel yang semakin rakus meragut nyawa rakyat yang tidak berdosa.

Lebih puluhan tahun rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman Zionis namun kejayaan Al-Qassam membedil tentera Zionis sehingga ada yang menjadi tawanan dan memaksa gencatan senjata sementara dilakukan nyata menggembirakan penduduk Gaza.

10492201_759041747470667_6327889361438921114_n

Meskipun ia merupakan permulaan untuk kebangkitan melawan penjajah tanah air tercinta, namun penduduk Palestin memberikan kepercayaan penuh kepada pejuang bertopeng ini mengembalikan maruah mereka sekaligus meneruskan perjuangan yang diwarisi dari Pejuang Kemerdekaan Palestin, Yasser Arafat.

Pelajar Malaysia yang berada di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, rakyat terus memberikan sokongan padu kepada pejuang yang diisytiharkan sebagai pengganas oleh pemimpin barat.

“Kekuatan Al-Qassam dalam perang kali ini terserlah. Masyarakat sangat kuat memberikan sokongan kepada Al-Qassam dan bersama mereka hingga titisan darah terakhir,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, apabila Al-Qassam berjaya menawan beberapa tentera Zionis, penduduk tempatan nyata gembira dengan perkhabaran berkenaan memandangkan sejak sekian lama mereka menjadi mangsa korban rejim zalim Zionis.

“Dalam keheningan malam, rakyat menunggu serangan Zionis, tiba-tiba terdengar jeritan, sorakan dan takbir hari raya. Juga das tembakan dari Kalashnikov.

“Seolah2 Aqsa telah dibebaskan. Rupanya seorang tentera telah diculik. Sambutan bukan sahaja di Gaza malah juga di Tebing Barat dan lain-lain.

“Pengumuman di corong-corong masjid dan meningkatnya semangat yang telah lesu,” katanya penuntut tahun dua Ijazah kedua Syariah Universiti Gaza ini.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin.EZY

Tiada ulasan: