HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Julai 2014

Wan Azizah nafi tadbir Selangor di bawah telunjuk Anwar

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
PERMATANG PAUH: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan beliau tidak mampu menjadi Menteri Besar baharu Selangor kerana dibayangi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Wan Azizah menegaskan beliau bertekad melaksanakan amanah parti yang mencalonkannya untuk jawatan MB kerana ia keputusan PKR.
 
“Semua jawatan yang saya pegang adalah satu amanah. Jika tidak ada jawatan sekali pun yang penting ialah berkhidmat kepada rakyat,” tambah beliau.
 
Wan Azizah menangkis tuduhan bahawa jika menjadi MB Selangor, beliau akan mentadbir negeri itu di bawah telunjuk Anwar.
 
“Orang boleh mengkiritk saya dengan apa saja tetapi hakikat ialah kita mempunyai sebuah pasukan dan kita menjalankan kerja secara berpasukan,” tegas beliau.
 
Wan Azizah juga mengingatkan pengkritiknya bahawa beliau dilantik menjadi Presiden PKR oleh perwakilan semasa suaminya masih dipenjarakan di Sungai Buloh.
 
Pimpinan Tertinggi PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak cadangan PKR untuk Wan Azizah mengambil alih jawatan MB daripada Khalid.
 
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan pihaknya bersetuju dengan peralihan kuasa itu pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 23 Julai lalu.
 
Bagaimanapun bantahan Hadi dan pemimpin lain bukan terhadap kepimpinan Wan Azizah tetapi lebih kepada pandangan bahawa Khalid bebas daripada sebarang skandal dan tidak patut digantikan.
 
Bagaimanapun beberapa AJK PAS Pusat mahu parti itu akur kepada hak PKR menentukan siapa patut menjadi MB memandangkan PKR menerajui kerajaan Selangor.
 
PAS akan bermesyuarat pada 10 Ogos untuk membuat ketetapan rasmi bersabit kemelut itu.
 
Perbalahan antara PKR dan PAS kini mengancam keutuhan Pakatan Rakyat dengan DAP secara terbuka menyuarakan kemungkinan gabungan tiga parti pembangkan itu berpecah.

Tiada ulasan: