HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Julai 2014

Anwar: Mana suara lantang kerajaan isu keganasan Israel?

Oleh Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pendirian tegas kerajaan dalam mengutuk keganasan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

AnwarBercakap dalam sidang khas Parlimen berhubung isu MH17, Ketua Umum KEADILAN itu hari ini sekali lagi mengulangi kecaman terhadap rejim zionis yang sehingga kini mengorbankan 636 nyawa.

Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh itu turut menyatakan harapan supaya konflik kemanusiaan tersebut dapat dihentikan segera.

“Saya guna ruang ini untuk mengutuk keras perbuatan Israel dan menuntut keganasan itu dapat dihentikan segera.

“Kerajaan perlu keluar kenyataan tegas bagi mengutuk tindakan Israel itu,” kata Anwar.

Terdahulu, MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa usul berhubung konflik di Gaza dapat dibahaskan sekali dalam sidang

tergempar Parlimen berkenaan tragedi MH17.

Beliau berkata, serangan di Gaza juga adalah satu lagi tragedi kemanusiaan yang memerlukan perhatian antarabangsa.

Walaupun konflik di Gaza dikecam masyarakat dunia, sekutu kuat Israel, Amerika bagaimanapun merestui keganasan itu.

Setiausaha Amerika, John Kerry ketika menelefon Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan sokongannya terhadap hak Israel untuk mempertahankan diri daripada serangan yang didakwa mereka sebagai ‘pihak pengganas’.

Tiada ulasan: