HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Julai 2014

PAS sedia hadapi perkembangan JB



Oleh Subky Latif


APA akan jadi apabila tercacak di sana sini bangunan kediaman- pejabat pencakar langit di Johor Bahru seperti Si ngapura dan New York seperti yang dibimbangkan kemungkinannya oleh bekas PM Dr Mahathir Mohamad tentang pelan pembangunan bandar itu?

Pertama Dato’ Shahrir Samad dan beberapa MP daripada spesies Umno di kawasan akan kalah dan akan mencari tapak jika mahu berpolitik lagi. Nasib Umno Johor Bahru senasib dengan Singapura yang sudah tidak ada langsung atau Umno Pulau Pinang tercabut akar umbinya.

Apabila terjadi kepada Umno apa yang dibimbangkan oleh Dr Mahathir itu, kita orang Melayu sekalian akan kata kepadanya, “Rasakanlah kerana dasar pembangunan kamu untuk memaju dan menyelamatkan orang Melayu tetapi untuk mendapatkan sebanyak- banyak rasuah.”

Tentang orang Melayu jika mereka merasakan mereka akan tiada apabila Umno sudah tiada, memang mereka akan tiada, tetapi bagi orang Melayu yang tidak hidup kerana Umno, ia mesti belajar hidup seperti Melayu baru yang pernah dikatakannya semasa dia di puncak kekuasaan dulu.

Apa pun, sama ada Dr Mahathir baru sedar selepas sudah tidak berkuasa akan keburukan kaumnya apabila pelan pembangunan itu terlaksana, dia telah berfikiran betul sebagai sifatnya pemimpin Umno.

Tentang Singapura yang asalnya pulau di bawah kedaulatan Johor dijual Sultannya kepada Standford Raffles mengikut nilai wang Sepanyol masa itu adalah benar. Nasib tuan tanah selepas itu hingga sekarang sudah licin adalah benar. Mereka lari ke Johor yang tidak membangun juga adalah benar.

Dan penyokong Umno Johor Bahru akan jadi macam tuan tanah Singapura dulu juga adalah benar.
Tetapi Johor Bahru belum sampai seperti Singapura lagi tetapi sikitsikit sudah benar. Johor Bahru yang dingerikan itu adalah dalam peringkat pelan. Kalaupun belum berjalan ia dalam peringkat beras yang belum jadi nasi. Jika sekadar tegur tapi tidak buat apa-apa beras itu tidak sempat jadi nasi tetapi jadi bubur lambuk.

Mahathir buat apa selain daripada menegur? Najib Razak dan Khaled Nordin tidak akan buat apa-apa. Mereka dengar apa Dr Mahathair kata, mereka diam.

Kerajaan Umno-BN yang ada seperti yang dulu juga tiada peduli sekadar orang kata. Mereka buat apa yang mereka hendak buat. Macam-macam Tunku Abdul Rahman kata tentang pelan Tun Razak Hussein hingga pelan Mahathir masing-masing tidak peduli jika hanya sekadar tegur.

Yang boleh mengubah ialah bertindak. Tunku benarkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam cabar Mahathir sebagai Presiden Umno. Sekalipun tidak berjaya tetapi Tunku pernah restui bertindak.

Macam-macam Mahathir kata tentang kepincangan pelan Najib. Dia tidak kata Najib pondan saja.
Tiada Najib peduli. Yang Mahathir buat se karang seperti menjerit pada tembok. Mana tembok mendengar.

Mahathir mesti bertindak jika benar dia ada kesedaran tentang petaka yang diramalkannya. Dia mesti buat seperti yang Tunku buat padanya. Tindakaan Tunku terhadapnya dulu betul, malangnya dia tidak berjaya. Tunku dan Tengku Razaleigh tidak sekadar bertindak dalam Umno tetapi bertindak hingga keluar Umno.

Tunku dan Ku Li naik atas pentas PAS. Ku Li bekerjasama dengan DAP dan lain-lain untuk melucutkan kuasa Dr Mahathir yang mereka kira bahaya. Tunku dan Ku Li tidak merasa malu berkawan dengan seteru politik mereka dulu kerana mereka terpaksa bertindak begitu. Jika Mahathir sangka Johor Bahru akan jadi puaka kepada spesies Umno di Johor, maka mesti bertindak melucutkan Najib sekalipun Najib berjasa menjadikan anaknya Menteri Besar Kedah.

Mana Mahathir lebih sayang antara Umno pimpinan Najib dan Umno/Melayu Johor Bahru dan Umno Johor umumnya pupus? Jika Umno pupus akan ada gantinya.

Ganti itu sekarang PAS. Jika Melayu habis lari dari Johor, Mahathir tinggal apa?

Membuang Najib daripada Umno bukan senang. Yang boleh dan ada harapan jika Mahathir sama bertindak. Itu pun belum tentu berjaya. Mahathir ada pengalaman ditolak oleh Umno Kubang Pasu untuk jadi perwakilan Umno. Dia boleh jadi sama nasib dengan Tunku.

Tetapi Umno memang payah hendak dipertahankan sekarang ini. Adalah lebih mudah bagi Mahathir membuang Najib dan Umno daripada Putrajaya daripada membuangnya daripada Umno.

Yang punya peluang paling berpotensi melucutkan Najib daripada kekuasaan ialah Pakatan Rakyat.
Jika Mahathir bertindak menyokong Pakatan Rakyat, ia adalah peluang terbaik bagi mengelakkan Johor Bahru jadi seperi Singapura dan permulaan Singapura untuk menguasai Malaysia. Tunku tidak malu naik pentas PAS dan membenarkan Tengku Razaleigh mengadakan hubu ngan dengan DAP, maka apa yang Mahathir hendak malukan bagi menyelamatkan Malaysia daripada catur bola Najib yang seperti bola Brazil tiada pimpinan itu. Mungkin penghalangnya Anwar Ibrahim. Anwar lebih diyakini daripada Najib. Kerana marahkan Anwar, Mahathir sanggup melihat Malaysia hancur di bawah Najib.

Keutamaan Mahathir ialah membantu Pakatan Rakyat menyelamatkan negara daripada petaka Najib. Jangan kerana marahkan Anwar sanggup melihat Johor Bahru mengusir Umno dari negeri selatan tanah air itu.

Bagi orang Melayu di luar Umno seperti PAS telah lama bersedia menghadapi pekembangan di Malaysia sejak merdeka. Me reka sudah melihat Umno tidak dapat menyelamatkan Melayu di Singapura, tidak dapat mengajak Melayu yang menyokong Umno menyediakan diri untuk hidup bersama dengan masyarakat Pulau Pinang dan kawasan bandar di seluruh negara.

Umno tahu Umno mesti senang. Keutamaan ialah Melayu Umno. Melayu kalau mahu senang mesti bersama Umno. Jika Melayu merancang pembangunan Umno mesti dapat banyak daripada Melayu.
Setiap pencakar ozon di Johor Bahru yang dirancang itu ba nyak mana pemimpin dapat? Bukan sikit. Boleh hidup tahun 3000.

PAS tahu dengan pengalaman itu kita tidak lagi dapat jadi orang Melayu yang berjuang mencapai kemerdekaan dulu.

Kita mesti hidup dalam alam baru seperti Johor Bahru yang penuh bangunan tinggi. Kita mesti sedia bekerja seperti Melayu Singapura mencari makan untuk hidup 1,000 tahun lagi.

Melayu jangan harap sangat subsidi dan BR1M. Anggap semua itu perkara yang tidak ada.
PAS tahu jirannya bukan semua orang Melayu dan Islam. PAS tidak mahu mati kerana tidak boleh hidup macam dulu lagi.

Melayu itu mesti hidup sekalipun hak istimewa tidak dilanjutkan. Bagaimana orang lain boleh hidup, maka begitu kita mesti hidup.

Bagi menghadapi perkemba ngan yang tidak dapat ditahan itu PAS memulakan hidup baru bersama dengan DAP dan KeADILan supaya tahu menghadapi hidup dalam zaman yang berubah itu. Kita tidak dapat halang Johor Bahru jadi macam Singapura. PAS yang berkawan dengan DAP tidak akan lari dari Johor Bahru apabila Johor Bahru jadi baru. Kita mahu kekal di situ bersama DAP.

Biar Umno ketakutan dan lari, tetapi Melayu yang PAS pimpin yang mahu hidup bersama di Pulau Pinang, mesti tahu hidup di Johor Bahru. Umno akan kalah dan lari dari Johor Bahru tetapi PAS akan dapat menggantikan Umno yang lari itu bersama dengan DAP. Itulah persiapan yang disediakan.

PAS sudah lama takut sejak Umno tidak tahu bahasa takut. Baru sekarang Umno takut. Rasa takut itu sudah tidak lagi dalam PAS. Orang Islam tidak boleh selama- lamanya takut. Takut dululah yang menjadi ia tidak takut lagi.

Umno boleh mati tetapi Melayu bersama PAS tidak akan mati. Ia tahu ia tidak hidup seorang. Seperti Adam perlukan Hawa. Bagaimana ia dapat hidup lebih lama bersama yang lain. Takut tidak buat apa-apa tidak boleh mengelak mati. Apabila kita tahu kita ada penyakit, maka kita cari ubat supaya mati itu dapat dilambatkan. Matilah atas sebab lain, bukan kerana Johor Bahru tumbuh bangunan tinggi.

Tiada ulasan: