HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Julai 2014

Nik Aziz setuju Hadi Awang pertahan Abdul Khalid MB Selangor

SELANGOR KINI

 

SHAH ALAM : Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu Menteri Besar Selangor yang menyatakan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor wajar dikekalkan.

Nik Aziz berkata, tiada ada sebab Abdul Khalid perlu digugurkan setelah sepenggal beliau memimpin dengan cemerlang dan terus meningkat selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.

Nik Aziz grafik“Saya membaca kenyaaan tuan guru presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau.

“Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Khalid ingin digugurkan dari jawatan menteri besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, persoalan sama ada Khalid wajar digugurkan kerana kelemahan pentadbiran perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat sebelum isu pengganti dibincangkan.

“Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai,” katanya.

Nik Aziz turut menggesa Pakatan Rakyat supaya menyelesaikan polemik Khalid dengan baik dan tidak membiarkannya terus berpanjangan.

Katanya, Pakatan perlu menyelesaikannya melalui perbincangan dalaman kerana rakyat pasti bosan mendengar mereka bertelagah sesama sendiri.

“Ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat,” katanya.  EZY

Tiada ulasan: