HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Julai 2014

Kalimah Allah: Sudah tiba masanya kerajaan tubuhkan Mahkamah Perlembagaan

Oleh Nur Shakira Buang

 
Post Pic

 
 
SEPANG: Selain kembali kepada semangat Perlembagaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu pengunaan kalimah Allah, kerajaan juga sewajarnya mewujudkan Mahkamah Perlembagaan seperti mana yang ditubuhkan di Indonesia dan Thailand bagi menangani perkara tersebut.
 
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ia termasuk bagi membicarakan isu pertukaran agama, hak penjagaan anak-anak kepada ibu bapa bukan Islam dan lain-lain lagi yang kini semakin hangat dipersoalkan.
 
"Saya ingat sudah sampai masanya kerajaan memutuskan atau memikirkan satu Mahkamah Perlembagaan itu ditubuhkan. Macam misalnya di Indonesia dia ada Mahkamah Perlembagaan dan di Thailand dia ada Mahkamah Perlembagaan untuk merungkaikan pelbagai isu yang berkaitan dengan Perlembagaan.
 
"Seharusnya ada satu mahkamah khas," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.
 
Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran Gereja Katolik untuk merayu terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam mingguan The Herald, 23 Jun lalu.
 
Meskipun menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, namun beliau menegaskan bahawa dari segi prinsip keseragaman beragama ia adalah tindakan yang tidak wajar, katanya. 
 
"Saya fikir keputusan Mahkamah Persekutuan itu tentunya mengejutkan ramai pihak dan paling tidak pun ianya menimbulkan beberapa pandangan yang berbeza misalnya pandangan yang tegas dari Ketua Menteri Sarawak yang mana Sarawak telah lama menggunakan perkataan itu," katanya.
 
"Saya fikir dari segi keputusan Mahkamah kita harus hormati sebab itu keputusan mahkamah tetapi saya nak tegaskan dari segi prinsip kita dalam keragaman beragama ini seperti mana yang diungkapkan dalam Perlembagaan Persekutuan jelas Islam adalah agama rasmi, itu jelas.
 
"Tetapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Itulah resepi kepelbagaian kaum dan agama yang memastikan negara kita terus kekal aman sampailah sekarang tetapi ada dikalangan pihak-pihak yang cuba memainkan isu ini saya fikir itu tindakan yang tidak bertanggunjawab," tegasnya.  
 
Malah, beliau berkata pendirian Pakatan Rakyat jelas bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.
 
"Pada saya kedudukan dan pendirian Pakatan itu jelas, mereka boleh guna kalimah Allah. Allah itu milik semua bukan milik satu agama sahaja dan oleh kerana pendirian itu jelas kecuali bila berlaku salah guna," ujarnya.
 
Justeru, umat Islam di negara ini seharusnya tidak terlalu negatif dalam isu pengunaan kalimah Allah.
 
"Jadi, kita janganlah ada perasaan yang begitu negatif terhadap agama-agama lain. Agama Kristian iningin amalkan agama dia silakan, India untuk amalkan agama Hindu silakan dan lain-lain," tambahnya lagi.
 
23 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan menolak tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Katolik pada penerbitan akhbar mingguan katolik, The Herald.
 
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim mencapai keputusan 4-3, sekaligus menyaksikan kalimah Allah kekal hak eksklusif umat Islam sepertimana yang diputuskan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang melarang penggunaan kalimah Allah pada penerbitan The Herald.
 
Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali mendapati penggunaan perkataan Allah bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Tiada ulasan: