Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke hari ini menuntut Jawatankuasa PAS segera "menjauhkan diri" daripada kenyataan kontroversi anggotanya dalam mesej aplikasi WhatApps yang bocor semalam.
Sebaliknya, beliau menasihati rakan komponen Pakatan Rakyat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong di seluruh negara kepada parti itu.
Beliau berkata kenyataan Mohd Zuhdi "satu pengkhianatan" kepada Pakatan Rakyat dan menurutnya mana-mana pemimpin yang mencadangkan mahu bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor "perlu dikutuk".
"Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi bahwa kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor adalah di bawah payung Pakatan Rakyat kerana ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP bertanding dalam PRU13 dengan manifesto bersama Pakatan Rakyat," katanya.
Dalam kenyataan medianya, Anthony juga berkata secara peribadi "tidak pernah ada imaginasi" bahawa pemimpin PAS boleh berimaginasi untuk bekerjasama dengan Umno.
"DAP menyeru PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat seluruh negara terhadap PAS," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan