Politik di Semenanjung sangat penuh dengan
kemarahan dan balas dendam, politik begitu kita tidak mahu bertapak di
Sarawak baik sekarang atau di masa depan.
Veteran Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Peter Minos berkata Ketua Menteri Adenan Satem tidak perlu seseorang memberitahunya bagaimana untuk melakukan tugas beliau.
“Kita di Sarawak mempunyai pemimpin yang baik dan bijak dan itu ada pada Adenan, dan kita perlu menghormati beliau. Politik yang hina merupakan politik yang dimiliki pada masa lalu.
“Kematangan perlu ada dalam politik kita, seperti yang di amalkan di Barat yang lebih matang dan bertamadun dimana kerajaan dan oposisi menghormati di antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat mengenai sesetengah perkara,” katanya mengulas polemik terbaru di ruangan forum media tempatan tentang cabaran DAP Sarawak baru baru ini kepada Adenan untuk mempertimbangkan Polisi Pembahruan 10 Perkara.
Adenan menunjukkan pembawaan kerhormatan dalam politik Sarawak, tegas Peter.
“Tidak ada ruginya untuk ahli politik di negeri ini mencontohi Adenan dan saya fikir politik di Semenanjung sangat penuh dengan kemarahan dan balas dendam serta politik begitu kita tidak mahu bertapak di Sarawak baik sekarang atau di masa depan.” tegas Peter.
Peter juga berkata bahawa seluruh rakyat Sarawak sudah mendengar dan membaca idea Adenan yang ingin mempromosi dan mempertahankan kepentingan Sarawak yang memfokuskan pembangunan luar bandar, melindungi kebebasan beragama dan permintaan untuk peruntukan yang lebih dari Kerajaan Persekutuan.
“Adenan melayan oposisi dengan hormat dan bertimbang rasa serta memahami banyak isu dan cabaran.
“Dalam masa kurang enam bulan, Adenan menunjukkan beliau pemimpin yang ada akal, bijaksana dan mempunyai keberanian. Ramai yang berkata demikian sama ada di Sarawak dan Semenanjung malah yang saya temui di London baru-baru ini juga berpendapat demikian.
Rakyat boleh memberi saran untuk memajukan Sarawak dengan cara yang terhormat
“Jika rakyat mempunyai saran bagaimana memajukan Sarawak, mereka boleh memberinya tetapi lakukannya dengan cara yang terhormat. Saya yakin Ketua Menteri akan mendengarnya,” kata Peter.
Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen, ketika membuat seruan kepada Adenan untuk mempertimbangkan Polisi Pembahruan 10 Perkara menegaskan pemerintah negara terlibat dengan kronisme, nepotisme dan polisi rasuah, dan masalah ini akan terus berkembang jika tidak ada reformasi dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan