HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Julai 2014

PAS, DAP, PKR hanya berpura-pura dalam PR

 
Setakat ini pihak yang untung besar adalah DAP dan yang paling rugi adalah PAS.


ibrahim_Ali_newKUALA SELANGOR: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sudah menjangkakan bahawa Pakatan Rakyat (PR)  adalah suatu pakatan yang berpura-pura antara satu sama lain.

Menurutnya, sejak tahun 2008 lagi beliau sudah menjangkakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) itu tidak dapat menjamin kestabilan politik negara.

“Hal ini berlaku kerana dalam PR itu mempunyai nafsu yang lain-lain.

“Anwar nak guna PAS dan DAP untuk matlamat politik hipokritnya. Anwar adalah smart manipulator. DAP pula nak guna Anwar dan PAS untuk matlamat Malaysia Malaysian.

“PAS pula ingat mereka cerdik, nak guna Anwar dan DAP untuk melebarkan perjuangan Islam,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Jelas Ibrahim lagi, setakat ini pihak yang untung besar adalah DAP dan yang paling rugi adalah PAS.

“Walaupun tambah kerusi di Malaysia barat, namun ia tidak memberi apa-apa kesan. Bahkan imej Islamnya turut tercemar.

“Anwar untung sikit untuk keluarganya dan yang menjadi talibarut untung dapat menjadi wakil rakyat. Tetapi yang rugi besar adalah Melayu dan Islam, berpecah dan tercemar,” ujarnya.

Tambah Ibrahim lagi, hujahnya terbukti apabila dirujuk kepada isu jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hendak digantikan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Isu pertukaran jawatan ini sudah menunjukkan krisis dan ini belum lagi di peringkat Pusat.

“Kalau mereka diberi mandat pastinya mereka akan berebut jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM),Kementerian Kewangan,Kementerian Dalam Negeri,Pendidikan dan lain-lain,” ujarnya.

Jelas Ibrahim lagi, mungkin Pengurusi Tabung Haji datangnya dari Dap dan ada Ahli Parlimen  Melayu dalam DAP dan PKR pula menjadi Pengurusi LKIM.

“Pas pula cukup berpuas hati dengan Pengurusi Lembaga Kenaf atau Lada Hitam. Menteri jaga JAKIM pun dari PKR, iaitu Exco yg jaga Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang.

“Andaian ini merupakan satu contoh yang ada logiknya, jika dilihat mereka sekarang ini.

“Apapun, penyelesaian terbaik untuk Selangor ialah di adakan Pilihanraya Negeri. Khalid wajar menasihati Sultan Selangor agar membubarkan DUN jika ada usul undi tidak percaya terhadap nya,” katanya.

Ibrahim turut menjelaskan bahawa PKR mempunyai 14 kerusi dan DAP 15. Ia menjadikan jumlahnya 29 kerusi.

Manakala, PAS mempunyai 15 kerusi dan Umno pula mempunyai 12 kerusi dan itu menjadikan jumlahnya sebanyak 27 kerusi.

“Jika Khalid berpaling tadah itu menjadikan jumlah antara PAS, Umno dan Khalid sebanyak 28 kerusi, maka cara terbaik adalah untuk membubarkan DUN.

“Serah semula mandat kepada rakyat Selangor dan inilah penyelesaian politik sebenar dari sudut demokrasi,” katanya.

Tiada ulasan: