Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berjanji akan bertindak terhadap pegawainya jika terbukti tidak mengikut peraturan dalam kes tangkapan 'khalwat' terhadap tiga lelaki dan seorang wanita yang sedang berpindah rumah.
Pengarahnya Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata pihaknya juga bersedia meminta maaf sekiranya terdapat kesalahan di pihak mereka dalam tangkapan yang dipertikaikan itu.
"Kesudahan kes ini bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dilakukan serta keputusan pihak pendakwaraya setelah meneliti keterangan-keterangan yang diambil," katanya.
Suspek kes itu pada 4 Jualai lalu mengadakan sidang media bersama kumpulan peguam Lawyers for Liberty menuntut supaya tindakan diambil terhadap JAIS kerana didakwa tersalah tangkap, sekali gus memalukan mereka.
Pada masa itu, lelaki berkenaan dikatakan sedang membantu wanita berkenaan memindahkan perabot ke rumah sewa baru mereka di Salak Tinggi, Selangor.
Lelaki itu didakwa berada di luar manakala kesemua wanita berkenaan berada di dalam rumah.
Dalam kenyataannya hari ini, Zaharin mengumumkan akan membentuk jawatankuasa bebas menyiasat sama ada pegawainya mematuhi tatacara siasatan ketika menahan suspek bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.
JAIS juga berharap semua pihak tidak membuat ulasan terhadap kes itu tanpa merujuk fakta dan pihaknya kerana ia hanya akan mengundang polemik dan tanggapan negatif kepada kedua-dua pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan