KLANG: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) melakukan serbuan mengejut di sebuah kolam pancing ikan, di sini, hari ini.
Pengarah Eksekutif Projek dan NRW, Yusof Badawi, yang mengetuai operasi serbuan berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan membuat satu penyambungan yang dibuat secara pintasan ke atas paip utama SYABAS.
“Ujian klorin dilakukan mengesahkan bekalan diterima adalah air terawat SYABAS berdasarkan kepada warna air itu.
“Bekalan air melalui sambungan tidak sah ini kita syaki digunakan untuk tujuan kerja pembinaan kolam baru premis,” katanya dalam sidang media yang turut disertai Pengarah Komunikasi Korporat SPAN, Carol Pelly.
Terdahulu, beliau mengetuai beberapa penguatkuasa membuat pemotongan terhadap sambungan itu, selain mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan Tindakan Penguatkuasaan bagi menuntut ganti rugi kehilangan SYABAS.
Individu atau pihak yang didapati membuat sambungan ke salur utama, selain daripada pemegang lesen adalah melakukan salah di bawah Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 123(3) dakta sama.
Anggaran kehilangan air daripada kes berkenaan adalah 2.2 juta meter padu dengan nilai RM5.2 juta.
-NFN-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan