HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Julai 2014

Larangan bantu pengemis kuatkuasa selepas raya

MALAYSIAKINI


 


Larangan terhadap kumpulan pemberi makanan percuma kepada golongan gelandangan dan miskin tidak akan dikuatkuasakan sehingga selepas sambutan Hari Raya.

Menurut Kementerian Wilayah Persekutuan, mereka akan dibenarkan untuk beroperasi di dalam lingkungan jarak dua kilometer, yang pada mulanya diisytiharkan sebagai kawasan larangan untuk berbuat demikian.

Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Adnan Mat Ikhsan memberitahu demikian dalam sidang media selepas bermesyuarat dengan 12 NGO di Putrajaya.

Tiada ulasan: