HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Januari 2015

MH370: Tidak perlu solat jenazah ghaib


Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman
 
 
KUANTAN - Solat jenazah ghaib tidak perlu dilakukan untuk penumpang dan anak kapal MH370 yang telah dianggap terkorban.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, tiada bukti kukuh menunjukkan semua mangsa meninggal dunia.

Bagaimanapun, beliau berkata, terpulang kepada ahli keluarga untuk mengadakan tahlil dan doa di tempat masing-masing.

“Tiada mayat atau serpihan pesawat  ditemui sebagai bukti mengatakan kesemua 239 meninggal dunia.

“Jika mengikut syarak, mereka diklasifikasikan sebagai ‘Masqud’ iaitu orang hilang yang tidak diketahui tempatnya.

“Oleh itu, apa yang boleh dilakukan kini adalah mendapat keputusan daripada pihak mahkamah sama ada mahkamah syariah ataupun mahkamah tinggi,” katanya.

Selain itu, beliau turut berpandangan status perkahwinan bagi mangsa yang beragama Islam tidak terbubar walaupun kerajaan mengisytiharkan semua penumpang terkorban.

Menurutnya, bukan sahaja status perkahwinan tidak terbubar, sebaliknya tuntutan harta oleh waris mangsa hanya boleh ditentu selepas mendapat pengesahan mahkamah.

Rotan itu penting, bukan sahaja untuk kanak-kanak, juga untuk orang dewasa

Jika saya masih kecil (kanak-kanak) dan ibu saya masih muda membimbing dan membesarkan saya dengan cara yang betul pastinya ibu saya akan masuk penjara kerana kanak-kanak seperti saya tentunya akan dirotan kerana berbagai-bagai masalah kanak-kanak. Nasib baiklah saya dilahirkan lebih dari 60 tahun dahulu dan semasa itu merotan kanak-kanak bukan lagi menjadi kesalahan dan boleh dipenjarakan.

Undang-undang yang sedang digubal oleh pihak kerajaan sekarang melarang merotan kanak-kanak itu merupakan usaha yang sia-sia. Itu bukan caranya untuk membentuk nilai keibuan dan kebapaan dan nilai baik untuk seorang anak berhubung  dengan ibu bapa mereka. Agama kita memerintahkan kita mengajar dan membuatkan anak kita mendirikan solat dalam jangka usia kanak-kanak itu tujuh tahun dan jika dia enggan adalah diminta untuk ibu atau bapa merotan anak-anak kita itu secara yang betul.

Ibu bapa bukannya membelasah anak-anak mereka tetapi merotan anak-anak yang engkar mendirikan solat itu kerana adalah tanggungjawab ibu bapa yang menentukan samada anak-anak mereka itu yahudi atau nasrani. Cakap ini bukan cakap saya yang lemah ini, tetapi itu adalah cakap agama kita.
Jika anak-anak tidak takut pada sesiapa kepada siapakah mereka akan merasakan ketakutan untuk melakukan kesalahan?

Saya yang sudah berumur ini sentiasa ingat kepada ibu bapa saya yang kedua-duanya sudah tiada di dunia ini. Saya hanya mendoakan sentiasa tanpa henti-henti agar roh mereka berada dalam kumpulan roh yang terampun dan sentiasa berada sebaris dengan roh-roh aulia-aulia dan syuhada.

Salah satu dari perkara yang membuatkan ingatan kepada ibu bapa saya yang telah pergi itu ialah kerana teguran dan didikan mereka yang salah satunya ialah tindakan mereka merotan saya semasa saya dalam bimbingan mereka setiap kali saya melakukan kesalahan.

Ibu bapa dahulu kala, apabila menghantar anak-anak mereka kepada guru mengaji quran, akan membawa bersama anaknya itu sebatang rotan halus untuk diberikan kepada guru quran itu. Sekarang sudah diamalkan lagi. Semasa menyerahkan anak-anak mereka kepada guru quran, ibu bapa semasa itu akan berpesan kepada guru atau ustaz itu dengan berkata lebih kurang begini; “ sayo sorahkan anak sayo ni tuan haji. Bimbinglah anak sayo ini sehingga pandai mengaji. Kalau dio dogil inilah rotannya. Rotanlah asalkan jangan patah atau pun tiyek”

Begitulah keadaannya dalam mana rotan itu sememangnya tidak boleh jauh dari anak-anak yang sedang dibimbing itu. Saya sendiri bersama dengan rakan seangkatan dengan saya tidak pernah lari dari melakukan kesalahan dan tiada seorang pun yang terlepas dari kena rotan oleh guru-guru sekolah kami.

Merotan itu bukan sahaja dianggap sebagai proses pendidikan seseorang itu tetapi ianya telah menjadi budaya dalam proses pembesaran kanak semasa itu. Guru-guru sudah tidak boleh merotan lagi dan kita lihat perbezaan seorang kanak-kanak sekarang dengan kanak-kanak dahulu kala. Mungkin saya masih dianggap kuno tetapi itulah yang menjadikan ramai anak-anak seorang ‘menjadi orang’ apabila sudah dewasa.

Malahan sekarang ini orang dewasa pun memerlukan rotan itu. Jika dahulu kala anak-anak memerlukan rotan untuk memperbaiki diri mereka, sekarang ini orang dewasa pun memerlukannya terutamanya yang mempunyai kelakuan dan moral yang tidak baik seperti pemimpin politik yang menganiaya rakyatnya.

Pendeknya rotan ini sangat perlu untuk semua orang, baik yang masih kanak-kanak mahu pun yang sudah mempunyai anak-anak dan cucu. Rakyat kita tahu siapa yang sepatutnya dirotan kerana salah laku terhadap negara kita ini. Itu sebabnya masing-masing menuduh di antara satu dengan lain kerana hendak mengelakkan dirotan oleh rakyat.

Saya sarankan agar niat untuk menjadikan merotan anak-anak atau kanak-kanak itu satu kesalahan supaya dibatalkan sahaja. Banyak perkara lain yang perlu dilakukan sebelum kita fikirkan untuk menggubal undang-undang menjadikan merotan itu satu kesalahan.

Rotan orang dewasa yang melakukan kezaliman terhadap rakyat seperti perasuah dan penyalahguna undang-undang itu dahulu.

'Siasat Dalang Sabotaj Ekonomi Negara'

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR  - Pihak berwajib, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu segera menyiasat aktiviti kumpulan tertentu yang cuba mensabotaj ekonomi negara dengan membuat spekulasi terhadap mata wang negara, termasuk melalui mesej dan media sosial.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata terdapat dakwaan yang menyatakan ada pihak yang membuat spekulasi terhadap mata wang untuk mengaut keuntungan daripada kejatuhan ringgit.

"Saya harap SKMM dan BNM menyiasat perkara ini, dan jika benar terdapat pihak yang melakukannya, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada," katanya yang ditemui selepas merasmikan majlis Penutupan Kursus Penulisan Media Sosial Siri 1, di sini hari ini.

Kursus selama dua hari bermula semalam itu dianjurkan bersama oleh Biro Penerangan Puteri UMNO dan Pusat Rangkaian Maklumat Malaysia Berhad (MYNIC) yang disertai 60 pemimpin Puteri UMNO dari seluruh negara.

Selain itu, katanya, golongan peniaga yang ingkar untuk menurunkan harga barang selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini, juga boleh dikategorikan sebagai pensabotaj ekonomi negara.

"Dengan pelaksanaan GST, sepatutnya ada sekumpulan barang yang akan turun...tetapi kalau dia (peniaga) tidak turunkan harga barang, mereka juga boleh dikira mensabotaj ekonomi dan golongan beginilah perlu diambil tindakan.

"Kita ada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang boleh membawa mereka ke muka pengadilan," katanya.

Kapten Tiada di Tempat Duduk sebelum QZ8501 Terhempas

RAKYATNEWS


 


SINGAPURA  - Kapten penerbangan AirAsia QZ850 tidak berada di tempat duduknya ketika pesawat malang itu hilang kawalan dan terjunam ke Laut Jawa bulan lalu.

Kapten Iriyanto dikatakan sedang melakukan satu prosedur pemeriksaan sebelum pesawat yang ketika itu dikendalikan pembantu juruterbang, Remi Plesel hilang kawalan lalu terhempas, lapor Reuters.

Penyiasat berkata Iriyanto bergegas ke kokpit namun sudah terlambat untuk menyelamatkan pesawat.

Laman web khas mudahkan waris dapat maklumat

SINAR HARIAN

MH370
 
 
HULU TERENGGANU - Laman sesawang khas, www.mh370.gov.my, yang diwujudkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhubung misi pencarian pesawat MH370 memudahkan orang ramai terutamanya waris mangsa mendapatkan maklumat mengenai misi tersebut.

Menyatakan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Komunikasi dan Media Insiden MH370, Datuk Jailani Johari berkata, "Laman sesawang ini diwujudkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris serta Bahasa Mandarin.

"Untuk 'Next-of-Kin' (NOK) (waris) satu kata laluan khas untuk mereka mengakses.

"Setiap NOK diberikan kata laluan yang berasingan dan mereka boleh mengakses berkaitan proses serta perkembangan pencarian, pampasan dan sebagainya.

"Untuk rakyat di negara China, kita wujudkan laman sesawang khas ini dalam Bahasa Mandarin yang mana ia merupakan permintaan kerajaan China.

"Untuk NOK Malaysia dan negara lain, mereka boleh mengakses dalam Bahasa Inggeris," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Program Bicara Bersama Mahasiswa Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini, hari ini.

Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata laman sesawang ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

"Dengan adanya laman sesawang ini juga, tidak timbul isu bahawa ada maklumat yang disembunyikan atau sebaliknya sebab kerajaan Malaysia sentiasa berhubung dengan kerajaan China serta Australia dalam hal ini dan kita akan teruskan misi  pencarian MH370," katanya.

Jailani berkata pihaknya juga berharap dakwaan yang menjadi viral di laman sosial kononnya kenyataan kerajaan berhubung hasil pencarian MH370 satu pembohongan, dihentikan segera. - Bernama

Bantuan mangsa banjir orang asli di Kelantan didakwa ‘dirompak’

 OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Sukarelawan Dr Betty Teh menjelaskan penggunaan ubat kepada wakil Orang Asli Temiar di Kampung Depak, Awir Awie semasa konvoi bantuan mangsa banjir semalam. – Gambar ihsan Eliana Lee, sukarelawan konvoi, 31 Januari, 2015. Sukarelawan Dr Betty Teh menjelaskan penggunaan ubat kepada wakil Orang Asli Temiar di Kampung Depak, Awir Awie semasa konvoi bantuan mangsa banjir semalam. – Gambar ihsan Eliana Lee, sukarelawan konvoi,


Ketika Putrajaya membelanjakan hampir RM800 juta untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kesulitan mangsa banjir.

Timbul dakwaan barangan keperluan makanan yang sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir tidak diterima mereka seperti yang sepatutnya apabila sebahagian daripada sumbangan berkenaan "dilarikan" mereka yang tidak bertanggungjawab.

Antara insiden berkenaan termasuklah misi bantuan pasca banjir pertubuhan sivil ke perkampungan Orang Asli suku Temiar di kawasan Gua Musang, Kelantan semalam yang dicemari insiden "rompakan" apabila bantuan beras didakwa dilarikan pihak berkenaan.


Menurut jurucakap kumpulan sukarelawan tersebut, Siti Zabedah Kassim, seorang peguam hak asasi manusia daripada Majlis Peguam, lori dengan muatan 3 tan yang digunakan mengangkat barangan keperluan harian bagi diagihkan di sekitar 20 perkampungan orang asli di pedalaman negeri itu lesap bersama muatan mereka.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku ketika salah sebuah daripada 8 lori yang digunakan untuk mengangkut barangan keperluan harian seperti beras, gula, sardin, biskut, dan banyak lagi, bernilai lebih RM50,000, sumbangan daripada syarikat Allianz Malaysia dan individu persendirian, dari Kuala Lumpur ke Gua Musang tidak tiba seperti yang dijadualkan.

Beliau difahamkan oleh penduduk orang asli di Kampung Parek, 7 lori tiba di Gua Musang sekitar jam 12 tengah malam, dan ketika di kawasan perkampungan yang dijadikan pusat pengumpulan sebelum bekalan diagihkan ke kampung berdekatan kira-kira sejam kemudian, sebuah lori bersama muatan beras tiada di lokasi.

"Mereka memaklumkan saya sebuah lori tiada di Kampung Parek, sedangkan kesemua lori itu tiba di Gua Musang," kata Siti kepada The Malaysian Insider, di Kelantan.

Malah, beliau turut mendakwa, pemandu lori yang menghantar barangan makanan kepada penduduk orang asli tersebut turut mengambil sumbangan yang diberikan orang ramai atas alasan masyarakat orang asli berkenaan "sudah mempunyai banyak stok makanan".

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, penderma semua perlu pastikan barangan yang didermakan mereka sepatutnya tiba ke kawasan mangsa banjir," kata Siti, kepada The Malaysian Insider.

Malah, turut timbul dakwaan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menyimpan stok bantuan kepada mangsa banjir dan tidak mengagihkan bantuan makanan berkenaan kepada penduduk orang asli yang terjejas banjir.

Banjir yang melanda negara pada penghujung Disember 2014 adalah antara yang terburuk apabila hampir 200,000 orang dilaporkan menjadi mangsa banjir.

Negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang antara kawasan terburuk terjejas akibat banjir apabila terdapat penduduk yang kehilangan kediaman mereka apabila rumah mereka dihanyutkan air deras.

Tinjauan The Malaysian Insider di lokasi perkampungan orang asli di pedalaman Gua Musang semalam juga mendapati kediaman mereka masih lagi terbiar dengan sebahagian daripada mereka kini mula membina pondok di kawasan bukit apabila kediaman mereka tidak lagi boleh digunakan.

Selain menggunakan khemah dan kanvas, mereka yang terjejas juga turut menggunakan buluh untuk membina pondok kediaman sementara menunggu kediaman mereka boleh diduduki semula.

Sukarelawan misi bantuan banjir juga terpaksa menggunakan kenderaan pacuan roda (4WD) dan helikopter untuk memasuki kawasan kampung terpencil kerana kemudahan jalan perhubungan terjejas akibat banjir.

Terdapat sebahagian kawasan perkampungan penduduk orang asli juga tidak mempunyai pilihan lain selain menantikan bantuan dan sumbangan makanan daripada pihak luar apabila sumber makanan dan tanaman mereka musnah dilanda banjir.

DAP diminta selesaikan dulu pemilihan CEC

 
Terlalu ingin mencapai hasrat yang keterlaluan menyebabkan DAP tidak mengendahkan risiko.


Datuk Jahara Hamid_rumah_1


BUTTERWORTH: Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, lebih baik Dap menumpukan kepada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang masih tidak selesai daripada sibuk untuk melaksanakan pilihan raya pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Jelas beliau, sehingga kini kata putus mengenai pemilihan CEC masih menjadi tanda tanya.

“Rakyat masih menunggu apakah keputusan sebenar CEC? Adakah pemimpin-pemimpin DAP masih sah menjawat jawatan yang ada atau bagaimana… Inilah isu sebenarnya yang harus diberi keutamaan oleh DAP kerana ianya melibatkan masa hadapan parti.

“Pemilihan parti sendiripun kucar-kacir tapi ada hati pula hendak mengadakan pilihan raya PBT,” ujarnya, lapor UMNO-Online.

Menurut Jahara, DAP sebenarnya terlalu taksub ingin menunjukkan bahawa mereka adalah pentadbir dan pemerintah yang baik selain berhasrat ingin memajukan Pulau Pinang dengan cepat.

Beliau memberitahu, kerana terlalu ingin mencapai hasrat yang keterlaluan itu menyebabkan DAP tidak mengendahkan risiko yang bakal timbul.

“Sikap rakus DAP ini jelas bukan sahaja boleh merosakkan negeri Pulau Pinang malah menyusahkan rakyat. Tapi malangnya dek kerana sikap kuku besi, pendapat dan pandangan rakyat sedikitpun tidak dipandang.

“Apa yang mereka hajati, itulah yang mereka akan laksanakan walau terpaksa mengorbankan rakyat,” katanya.

Keluarga MH370 minta DCA tarik balik pengumuman

 
Mengapa DCA boleh mengumumkan perkara sedemikian pada saat pencarian masih belum selesai?


mh370_indo_300


SUBANG JAYA: Waris penumpang dan anak kapal pesawat malang MH370 mahu deklarasi kesemua 239 mangsa yang diisytiharkan terkorban oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Khamis ditarik balik, lapor Astro awani.

Ia jelas dinyatakan Grace Subathirai, anak salah seorang penumpang MH370, Anne Daisy yang menyifatkan pengumuman itu tidak sah selagi tidak ada sebarang kesimpulan daripada misi pencarian pesawat malang berkenaan.

“Seharusnya ditarik balik, mengapa DCA boleh mengumumkan perkara sedemikian pada saat pencarian masih belum selesai?

“Saya kecewa dengan apa yang berlaku semalam, kami juga tidak dimaklumkan malah tidak diberitahu apa-apa sebelum keputusan mengadakan sidang media itu,” katanya semasa sidang media khas waris MH370.

Pada Khamis, DCA dengan rasminya mengisytiharkan bahawa kehilangan MH370 merupakan satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 rakyat Malaysia.

Sementara itu, situasi sama berlaku di Beijing apabila ahli keluarga penumpang MH370 turut menolak deklarasi yang diumum DCA.

Jurucakap Voice370 juga mendesak kerajaan Malaysia menarik semula kenyataan berkenaan yang disifatkan tidak boleh diumum tanpa sebarang bukti kukuh.

“Kami sudah memberitahu sebelum ini dan hari ini kami mengulanginya kembali, kami bersedia untuk semua kemungkinan termasuk kehilangan anggota keluarga di dalam MH370.

“Namun kami tidak mahu pengumuman kematian ahli keluarga yang berada di dalam pesawat MH370 tanpa sebarang bukti yang kukuh,” katanya.

Jurucakap itu turut memberitahu, kuasa mereka dilihat terlalu terbatas berbanding kerajaan, namun berharap suara mereka didengari dan dipertimbang pihak berkuasa.

“Kami merayu kerajaan Malaysia, China dan Australia agar misi mencari diteruskan.

“Kami meminta agensi lain seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) turut membantu dan meyakinkan misi mencari harus diteruskan sehingga pesawat itu ditemui semula,” jelasnya.

Guan Eng marah batalkan sidang media

 
Setiausaha Agung DAP itu diaju soalan berhubung cabaran debat oleh Mustafa Ali.


lim guan eng mustafa ali


BUTTERWORTH: Akibat marah atau tidak senang dengan soalan pemberita, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menamatkan sidang akhbar yang dihadirinya serta-merta.

Insiden itu berpunca daripada tindakan para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai Setiausaha Agung DAP terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang di sini.

Terdahulu pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya terhadap cabaran setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata ‘ada soalan lain tak?’

Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan ‘terima kasih’.

Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969.

Pada khamis, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan yang menghubungkan PAS dan DAP apabila beliau mencabar Lim untuk berdebat.

Beliau berkata, cabaran Mustafa itu sama seperti melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap UMNO yang menjadi musuh politik PAS.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.

Kalau PERKASA ini rasis buktikan – Ibrahim Ali

 
Setiap hari kita menerima permohonan menjadi ahli 200-250 permohonan.


ibrahim ali1


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA) menafikan tuduhan yang mangatakan badan bukan kerajaan (NGO) itu menjadi alat kepada parti politik tertentu di negara ini.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun PERKASA dilihat agresif dan ekstrem mempertahankan isu-isu sensitif berkaitan agama Islam dan orang Melayu, tetapi ia turut mengkritik semua parti politik termasuk Barisan Nasional dan UMNO.

“Kalaulah PERKASA ini dituduh sebagai alat, masakan sudah lebih enam tahun kita ada ahli lebih 700,000 sekarang ini dan sudah pinda perlembagaan kita untuk menjalankan PERKASA mengikut kawasan parlimen.

“Kita mahu PERKASA mengikut sistem parlimen, ada jawatankuasa, cukup tersusun dan keahlian yang bertambah setiap hari. Setiap hari kita menerima permohonan menjadi ahli 200-250 permohonan,” katanya dalam rancangan ‘Ruang Bicara’ yang disiarkan secara langsung di BernamaTV malam tadi.

Rancangan itu yang bertajuk ‘NGO dan Perpaduan Nasional’ dihoskan oleh Sherkawi Jirim serta turut disertai ahli geostrategi Prof Dr Azmi Hassan sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan peranan NGO dalam perpaduan rakyat.

Ibrahim berkata, pelbagai tuduhan dan persepsi negatif yang dilemparkan dengan mengatakan PERKASA sebagai sebuah NGO yang rasis dan ektremis juga dibuat kerana ada pihak bimbang dengan peranan yang dimainkan PERKASA.

Katanya, ini kerana tindakan PERKASA yang lantang mengkritik pihak yang mempersoalkan perkara-PERKASA sensitif dilihat boleh membantutkan agenda politik mereka.

“Kalau PERKASA ini rasis buktikan. Kita bertindak mengikut perlembagaan dan merupakan NGO yang sah. Banyak NGO lain yang mengeluarkan kenyataan yang sensitif tetapi mereka tidak dituduh rasis.

[VIDEO] Kerajaan Kalah Dalam Saman Terhadap BERS✓H

KELAB GREENBOC


 

Mahkamah tolak saman Putrajaya atas himpunan Bersih 2012

Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman ganti rugi kerajaan persekutuan terhadap kumpulan reformasi pilihan raya Bersih bagi kerosakan harta benda semasa perhimpunan pada April 2012 di Kuala Lumpur, mengatakan Putrajaya tidak dapat membuktikan “balance of probability” (kebarangkalian yang munasabah).

Hakim John Louis O' Hara mengumumkan keputusan itu dalam satu penghakiman lisan hari ini.

Pada Mei 2012, Putrajaya mengambil langkah yang tidak pernah dibuat sebelum ini dengan menyaman pengerusi bersama Bersih ketika itu, Datuk Ambiga Sreenivasan, dan ahli jawatankuasa pemandu kumpulan itu, sebagai penganjur perhimpunan, menuntut ganti rugi sebanyak RM122,000.

"Plaintif (kerajaan) mengatakan, defendan gagal menjalankan tanggungjawab berkanun mereka apabila perhimpunan itu menjadi hilang kawalan dan bertukar menjadi rusuhan, menyebabkan kerosakan kepada kenderaan, kebanyakannya milik polis dan membabitkan kos pembaikan berjumlah RM122,000," menurut tuntutan itu.

Kerajaan memfailkan saman terhadap Ambiga di bawah Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 yang menyatakan penganjur perlu "memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar".

Tetapi pada Jun 2012, Ambiga memfailkan saman balas terhadap Putrajaya, mendakwa kerajaan melanggar hak perlembagaan beliau.

Antara lain, bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, PAA bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Seksyen 6 yang katanya membataskan haknya terhadap kebebasan berhimpun.

O'Hara juga membenarkan tuntutan tangkapan tidak sah, penahanan dan serangan oleh polis terhadap Wong Chin Huat, salah seorang ahli jawatankuasa pemandu, dan mengarahkan beliau dibayar RM21,000 sebagai ganti rugi.

Hakim juga mengarahkan beliau Wong dibayar RM30,000 sebagai kos.


Beliau juga menolak tuntutan Putrajaya untuk satu deklarasi yang sebagai penganjur perhimpunan, Bersih mesti bertanggungjawab terhadap kerosakan harta benda awam, termasuk kenderaan polis.

"Adalah jelas pada pandangan mahkamah ini yang kerosakan berlaku hanya selepas Ambiga membatalkan perhimpunan tersebut.

"Tambahan pula, tiada bukti yang membolehkan mahkamah berpuas hati yang kerosakan yang berlaku adalah disebabkan peserta perhimpunan yang sah atau dilakukan ejen bebas," katanya.

Ambiga kemudian memberitahu pemberita, hakim membuat beberapa komen yang signifikan mengenai tingkahlaku polis.

"Ini keadilan bagi Bersih dan hak rakyat untuk berhimpun, dan ini hari yang sangat positif bagi Malaysia. Saya harap kerajaan tidak memfailkan rayuan," katanya.

"Saya rasa hakim itu sudah menyatakan dengan jelas, apa saja keadaan, kerajaan perlu membuktikan kesnya terhadap individu-individu tertentu itu."

Beliau juga mengulangi kenyataan yang Bersih tidak pernah menyokong keganasan.

Wong berkata pampasan yang diterimanya sangat bermakna kepada semua peserta perhimpunan aman kerana anggota polis menjadikan modus operandi mereka untuk tidak memakai tag nama dan nombor mereka.

"Tetapi saman ini menunjukkan apabila saya dibelasah polis, mereka tidak terlepas daripada bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata keputusan itu juga bermakna polis sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang.

"Mereka mempunyai tanggungjawab, dan dalam kes saya, pegawai polis itu tidak memberitahu saya mengikut undang-undang mengapa saya ditangkap dan ditahan," katanya.

Katanya wang RM21,000 itu akan diberi kepada satu dana kebebasan yang ditubuhkan Naib Pengerusi Bersih Thomas Fann bagi menyokong mana-mana rakyat Malaysia yang menghadapi masalah menjalankan hak perlembagaan mereka.



Akan terus berdemonstasi di jalan – Maria Chin

KUALA LUMPUR: Ekoran penolakan tuntutan saman pihak kerajaan Malaysia terhadap Pengerusi BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga dan 14 jawatankuasa penganjur, Aktivis Maria Chin Abdullah menyatakan akan terus berhimpun di jalanan.

Baginya, keputusan Mahkmah ini menunjukkan bahawa rakyat mempunyai hak untuk berdemonstrasi di jalanan. “Kami akan teruskan untuk berhimpun di jalanan kerana itu adalah hak kami, dan kami akan terus berjuang bagi memastikan Pilihanraya Umum berjalan dengan bersih,” katanya sewaktu ditemui pemberita di luar mahkamah.

Pada masa sama, Maria turut mengharapkan agar kerajaan tidak mengemukakan rayuan kerana ia akan lebih membazirkan wang, masa dan tenaga rakyat.

“Sudah terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan adalah tidak perlu untuk kerajaan mengambil tindakan ke atas perkara ini.

“Jika kerajaan membenarkan perhimpunan ini dilakukan, pastinya tidak ada kemusnahan harta awam dan pastinya juga kami tidak ada di sini,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga turut menyatakan bahawa Bersih sendiri tidak pernah menyokong keganasan.

“Mereka yang melakukan keganasan harus bertanggungjawab di atas keganasan yang dilakukan,” ujarnya. Selain itu, defenden ketujuh, Dr Wong Chin Huat yang menerim wang ganti rugi bersyukur dengan jumlah ganti rugi sebanyak RM51,000 yang diterimanya.

Beliau sebelum ini telah dipukul oleh pihak polis pada perhimpunan itu, menyatakan wang tersebut akan didermakan.

“Duit ganti rugi itu saya akan dermakan kepada tabung kebebasan,” ujarnya.
-FMT

LIHAT VIDEO DI SINI

Mat Sabu Benar, Mustafa Ali Akui Perbalahannya Dengan LGE Bersifat Peribadi

KELAB GREENBOC



 
 
Ini antara saya dan Guan Eng, kata Mustafa Ali

Datuk Mustafa Ali meminta ahli DAP lain tidak masuk campur dalam perbalahan di antara beliau dan Lim Guan Eng mengenai isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana perkara itu ialah antara mereka berdua dan ia melibatkan soal integriti.

Merujuk kenyataan kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook dan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari dalam perkara itu, Mustafa berkata kedua-duanya "sama ada tidak faham isu sebenar atau cuba mengalih isu."

"Isu sebenar adalah mudah... saya cabar Lim kerana dia menuduh saya tidak jujur dan saya kata dia berbohong. Sebenarnya, dia yang berbohong dengan isu itu kerana mulut celuparnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loke semalam berkata, pendekatan yang diambil Mustafa dengan mencabar Lim berdebat seolah-olah ingin "membakar jambatan" dengan DAP dan menganggap DAP sebagai musuh politik PAS dan bukannya rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sementara Zairil hari ini menggesa setiausaha agung PAS itu menyelesaikan perselisihan faham dengan DAP secara tertutup atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya beliau berasa Lim tidak jujur.

Mustafa berkata, orang yang kelihatan memahami isu itu ialah ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad walaupun mereka berdua tidak pernah mengadakan perbincangan bersama mengenai hal itu.

"Beliau (Khalid) faham isu ini adalah antara saya dengan Lim dan tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada PAS atau DAP," katanya.

Mustafa pada Rabu mencabar setiausaha agung DAP itu “bersemuka” secara terbuka bagi “menentukan siapa yang berbohong atau sebaliknya” dalam isu pilihan raya PBT di Pulau Pinang.

Beliau menyifatkan Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang sebagai seorang bermulut celupar.

“Perkataan yang digunakan Lim itu bukan sahaja tidak tepat malah tidak betul dan menggambarkan beliau seorang manusia mulut celupar.

“Saya cabar dia supaya bersemuka secara terbuka, biar dia bagi versi dia, saya bagi versi saya. Biar masyarakat tentukan siapa betul, siapa salah, siapa bohong, siapa tidak bohong,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS.

Mustafa berkata, Lim ada menghubungi­nya berkenaan hasrat DAP melaksanakan pilihan raya PBT tetapi ia dibuat selepas beberapa hari cadangan berkaitan perkara itu diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Mustafa berkata, perkara itu melibatkan soal integriti seseorang.

"Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan integritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi PR.

"Begitu juga Lim, dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi PR," katanya.

Isu integriti ini penting katanya, demi menjaga kepentingan PR, dan ia mesti diselesaikan.

"Saya tidak mahu libat pimpinan PAS yang lain dalam isu ini," kata Mustafa dalam kenyataan hari ini.

Mustafa menegaskan, jalan penyelesaian terbaik ialah beliau dan Lim bersemuka secara terbuka dan berhujah mengenai isu pilihan raya PBT tersebut seperti diminta beliau sebelum ini.

"Carilah masa yang sesuai dengan ada penyaksian. Saya akan buktikan dia (Lim) berbohong," katanya.

Mengulas cadangan Zairil agar membawa perkara itu ke mahkamah, Mustafa berkata ia jalan yang panjang. "Ia tidak akan menyelesaikan isu dengan cepat."

Beliau juga meminta Loke tidak "berbelit" dalam perkara itu, mengatakan: "Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini."

Loke dalam kenyataannya mempertikaikan sikap PAS yang mencabar rakan sekutu dalam PR tetapi tidak mencabar lawan politik sebenar mereka, Umno. -TMI


Mat Sabu: Kenyataan Mustafa bersifat peribadi

Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili parti, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau berkata sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan Mustafa itu tidak menjejaskan hubungan antara PAS dan DAP dalam pakatan rakyat.

"Perhubungan kami (PAS-DAP) baik dan PAS masih dalam pakatan. Kenyataan Mustafa itu adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian parti kerana kami tidak mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Persidangan dan Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang ke-6, di Georgetown hari ini yang disempurnakan oleh Lim.

Pada Rabu, Mustafa dalam sidang akhbarnya dilapor membidas Lim, yang disifatkannya bercakap tidak benar sepenuhnya berkaitan isu pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan DAP.

Mustafa berkata kenyataan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP yang mengatakan beliau (Mustafa) tidak membantah isu itu baru-baru ini, hanya pembohongan semata-mata.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata tindakan DAP yang memperjuangkan pilihan raya kerajaan tempatan boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memutuskan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata kenyataan Mustafa itu juga tidak menimbulkan masalah yang besar kepada parti dan ia boleh diselesaikan dengan mudah.

Ditanya mengenai cadangan Mustafa yang mencabar Lim bersemuka dan berdebat secara terbuka, Mohamad berkata: "Itu kena tanya mereka yang berkenaan, saya tidak boleh bercakap bagi pihak Mustafa Ali atau Lim Guan Eng".

Sementara itu, usaha pemberita mendapatkan komen Lim sejak semalam berhubung perkara itu gagal apabila ketua menteri itu hari ini sekali lagi menyatakan tidak ada sidang akhbar daripada beliau.
-Bernama


ULASAN GB

Akhirnya Mustafa Ali akui bahawa perbalahannya dengan Lim Guan Eng adalah bersifat peribadi. Pemimpin lain tak perlu campurtangan, katanya.

Semalam GB ada terbaca beberapa status di beberapa laman sosial golongan UG yang memaki hamun Timbalan Presiden PAS, Hj Muhammad Sabu yang menyatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili parti. Macam-macam dituduhnya kepada Mat Sabu.

Golongan UG ni hanya menyerahkan walanya kepada Presiden dan pemimpin-pemimpin berstatus "ulama". Pemimpin-pemimpin profesyenal walaupun dipilih muktamar sebagai AJK Tertinggi parti habis smeua di jebonkan...

Tahap bingai paling jijik!

Kedua, jika Mustafa Ali sudah akui ia adalah perbalahan peribadinya dengan LGE, maka tak perlulah keluarkan kenyataan cabar-mencabar secara terbuka. Bukankah elok ianya diselesaikan secara tertutup untuk kepentingan saf Pakatan Rakyat? Mengapa tidak boleh pergi bertemu dengannya secara bersemuka? Bukankah kepentingan Pakatan Rakyat itu perlu diprioritikan sepertimana tuntutan resolusi muktamar "memperkukuhkan Pakatan Rakyat"?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dan menghukum pihak yang benar-benar bersalah. Perosak sebenar kepada parti akan tersungkur jua akhirnya.

Putrajaya tak berhati perut buat pengumuman kematian, kata waris MH370

 OLEH LEE SHI-IAN



Kelly Wen (tengah), 29, isteri penumpang penerbangan MH370 bercakap kepada media di hotel di Subang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Januari, 2015.Kelly Wen (tengah), 29, isteri penumpang penerbangan MH370 bercakap kepada media di hotel di Subang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 


Sehari selepas Malaysia mengisytiharkan penerbangan kehilangan MH370 satu kemalangan dan semua 239 di atas kapal meninggal dunia, waris penumpang dan anak kapal itu melahirkan kemarahan mereka, menuduh Putrajaya tidak berhati perut dalam mengendalikan keadaan.

Kelly Wen, isteri penumpang dari China yang dikenali sebagai Li, melahirkan rasa kecewa dengan cara Putrajaya membuat  pengumuman itu.

Pada Khamis, Jabatan Penerbangan Awam mengadakan siaran langsung di kaca televisyen dan Ketua Pengarah Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengisytiharkan, pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dalam satu kemalangan.

"Saya tidak akan terima pengumuman kehilangan tanpa memperolehi sebarang bukti tentang nasib sebenar pesawat itu," kata Wen pada sidang akhbar yang diadakan oleh waris penumpang dan anak kapal MH370 di Subang Jaya malam tadi. "Saya sudah berada di Malaysia lebih satu minggu atas urusan peribadi apabila saya dapat tahu pengumuman akan dibuat mengenai MH370," kata Wen.

"Saya bertanya dengan kedutaan China dan pejabat Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, kedua-duanya kata tiada pengumuman dijangka dibuat."

Jelas tidak senang dengan cara Jabatan Penerbangan Awam mengadakan siaran langsung bagi mengisytiharkan kemalangan MH370 kelmarin, Wen berkata keluarga dan waris penumpang dan anak kapal sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu.

Tambahan pula, katanya, memandangkan majoriti mereka berketurunan Cina, Putrajaya dianggap tidak berhati perut membuat pengisytiharan tersebut ketika Tahun Baru Cina hampir menjelang.

Grace Subathirai Nathan, anak Anne Daisy, mengecam jawatankuasa yang bertanggungjawab atas waris, satu daripada 3 jawatankuasa yang ditubuhkan pada peringkat awal kehilangan MH370.

"Apa yang jawatankuasa ini, yang diketuai Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, buat? Bukankah mereka sepatutnya berhubung dengan keluarga?

"Kami tidak dengar sepatah kata pun dari jawatankuasa itu walaupun tujuan penubuhannya ialah untuk berhubung dengan waris dan memaklumkan kami sebarang perkembangan.

"Mana Hamzah? Apakah yang jawatankuasa itu buat selama ini? Putrajaya sama sekali tiada rasa hormat kepada keluarga dan waris," kata Grace.

Sarah Bajc, rakan Phillip Wood berkata, tindakan kerajaan Malaysia melanggar peraturan dan tatacara kelakuan baik yang biasa.

"Keseluruhan peristiwa dikendalikan dengan cara yang tidak berhati perut sejak 8 Mac apabila penerbangan itu mula-mula dikhabarkan hilang," katanya.

Isteri penyelia dalam penerbangan Patrick Gomes, Jacquita Gonzales berkata, dia enggan menerima berita itu tanpa memperolehi sebarang bukti.

"Mereka boleh isytiharkan suami saya mati, tetapi saya tidak boleh. Saya tidak boleh putus harapan terhadapnya," kata seorang Gonzales dengan linangan airmata.

"Kami katakan sebelum ini, dan kami tegaskan sekali lagi sekarang, kami bersedia menerima sebarang kemungkinan, termasuk fakta yang orang yang kami sayangi tidak boleh kembali.

"Tetapi semua ahli keluarga sebulat suara dalam pendirian kami yang kami tidak akan mengisytiharkan orang yang kami sayangi mati, jika tiada sebarang bukti," kata Jacquita.

Mahkamah tolak saman kerajaan terhadap Bersih 3.0

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman difailkan kerajaan terhadap bekas pengerusi bersama Bersih Datuk S. Ambiga dan 14 anggota jawatankuasanya berhubung perhimpunan Bersih 3.0.

Pada 15 Mei, 2012, kerajaan menyaman mereka atas dakwaan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, 2012 telah mengakibatkan kerosakan harta awam.

Bersih 3.0 grafik

Dalam saman itu, ia memohon pampasan khas berjumlah RM110,543.27 sebagai kos untuk membaiki beberapa kenderaan polis, kos lain, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Ia juga memohon pengisytiharan bahawa para defendan, selaku penganjur perhimpunan Bersih 3.0, telah melanggar Seksyen 6 (2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mereka mempunyai tanggungjawab, antara lain, memastikan perhimpunan itu tidak mengakibatkan kerosakan kepada harta awam.

Hakim Datuk John Louis O’Hara memutuskan dakwaan plaintif (kerajaan) tidak dapat dibuktikan berdasarkan keterangan dikemukakan di hadapannya dari segi keseimbangan kebarangkalian.
Beliau juga menolak tuntutan kerajaan bagi satu pengisytiharan, ganti rugi khas dan faedah.
BERNAMA

Saya pemilik pistol berlesen – Saravanan

 
Malangnya butang kot terbuka dan memberi peluang kepada jurugambar merakamkannya.


MIC saravanan2


PETALING JAYA: Gambar Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan dengan pistol diselitkan di pinggangnya menjadi viral di media sosial pada Jumaat.

Malah ahli politik itu mengesahkan beliau sememangnya membawa senjata api itu ketika gambar tersebut dirakamkan.

“Saya pemilik pistol berlesen dan saya sentiasa membawanya bersama saya,” katanya, lapor The Star.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, setiap Ahli Parlimen berhak untuk membawa pistol dan beliau sendiri memilikinya sejak 2003 iaitu apabila dilantik sebagai senator.

Gambar yang disebarkan itu dipercayai dirakamkan pada Rabu iaitu sebelum sidang akhbar yang dijadualkan di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur.

“Malangnya butang kot terbuka dan memberi peluang kepada jurugambar merakamkannya.

“Bagaimanapun hanya sebahagian daripada pemegang pistol itu dapat dilihat. Saya tidak mengacukan pistol itu kepada sesiapa pun dan tidak pula ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Saravanan berkata, mereka yang menyebarkan gambar itu hanya mencari ‘publisiti’.

Berita MH370 Terkini 2015 : Kes Kehilangan Pesawat Malaysia Airlines MAS, Semua Penumpang Sah Mati Meninggal Dunia. Terus Menjadi Misteri?




berita mh370



Berita MH370 terkini, Kes Kehilangan Malaysia Airlines MAS, Semua Penumpang Sah Mati Meninggal Dunia. Terus Menjadi Misteri? : Inilah kes kemalangan pesawat komersial paling ajaib dan misteri terbesar yang akan dikenang dalam sejarah penerbangan dunia. Selepas… hampir setahun sejak 8 Mac 2014 hingga 2, tiada sebarang bukti yang pesawat MH370 telah terhempas ke darat mahupun di lautan.

Sehingga ke hari ini 30 januari 2015, MH370 terus menjadi misteri walaupun ia berlaku dalam pada kita hari ini dilengkapi :
  • mempunyai peralatan penerbangan yang cukup canggih
  • sistem pemantauan satelit
  • dikelilingi oleh pakar-pakar penerbangan, saintis
Tetapi, apabila memikirkan tentang kelangsungan hidup si waris anak-anak mereka selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, Berita Semasa bersetuju dengan tindakan DCA terutamanya yang bergantung kelangsungan hidup kepada duit tuntutan insurans itu contohnya. Cuma, harapan Berita Semasa andaikata tidak dapat mengambil mayat mangsa penumpang MH370 sekalipun, sekurang-kurangnya berusaha tunjukkan berserta dengan bukti kukuh yang benar-benar telah tenggelam “di situ”.

Sehingga ke hari ia terus meninggalkan beberapa persoalan yang terus berbangkit disebalik kehilangan kapal terbang MH370 Malaysia Airlines (MAS) :

 

Misteri dan Persoalan Kehilangan Pesawat MH370 Hilang?

  1. Apa sebenarnya yang terjadi bagi ke kehilangan pesawat MH370?
  2. Benarkah kapal terbang Mh370 terhempas? Di manakah sebenarnya pesawat itu?
  3. Punca tragedi MH370?
  4. Bagaimanakah nasib anak kapal dan penumpang di dalam pesawat itu? Adakah lokasi pencarian itu tepat?
  5. Adakah wujud konspirasi peringkat tertinggi melibatkan tragedi pesawat MH370 hilang?
  6. Adakah aset pencarian tidak canggih sehingga sukar mendapatkan sebarang petunjuk?
  7. Sampai bilakah operasi mencari perlu dilakukan?
BACA LAGI SINI : Misteri Kehilangan MH370 Terkini : Pesawat MH370 Adalah 
Konspirasi Peringkat Tertinggi & Permainan Pengganas Bertaraf Dunia?

 

Butiran Pengumuman Berita MH370 Terkini Hilang (Malaysia Airlines MAS) oleh DCA?

Akhirnya, selepas 11 bulan berlaku, pengumuman Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang sepatutnya dibuat di hadapan puluhan wartawan & keluarga mangsa terpaksa dibatalkan dan bertukar kepada siaran di TV1 RTM semalam merumuskan tragedi kehilangan MH370 Malaysia Airlines MAS :
  • Dianggap sebagai kemalangan
  • Disahkan telah mati meninggal dunia
  • Tuntutan insuran dan pampasan boleh dimulakan untuk waris penumpang, krew
  • Malaysia Airlines MAS MH370
P/S : Agaknya jikalau benar-benar kapal terbang MH370 terhempas di laut, di mana agaknya 3-4 tan manggis, tidak berterabur pula ye di lautan? Tidak jumpa walau sebiji manggis? Hebat…..

PP/S : Melihatkan sahaja deretan wartawan seluruh dunia berkumpul di dewan bagi mendengar PC bagi berita terkini MH370 daripada Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman secara langsung dan LIVE sambil tampak kelibat kelompok keluarga mangsa yang mahukan penjelasan tiba-tiba dibatalkan, ini satu tindakan yang amat dikesali dan memalukan.

Sertai Undian Berita Semasa Mengenai MH370 : Punca Tragedi Disebalik Kehilangan 
Pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS?

Periksa semua projek PPR, elak kejadian buruk berulang

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Kerajaan Negeri memandang serius kejadian kanak-kanak jatuh dari tingkat 6 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara dengan mengarahkan Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd (PHSSB) melaksanakan kerja membaikpulih.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata kerja baik pulih itu dilaksanakan dengan segera demi keselamatan dan keselesaan penduduk.

10953205_956415284377469_5055241060548059557_n

“Untuk Belanjawan 2015, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk membaikpulih PPR tersebut oleh Kerajaan Negeri,” kata Iskandar dalam kenyataan media.

Beliau mengucapkan takziah kepada Norsahura Sahara Mohamad di atas kehilangan anak beliau, Adik Muhammad Hazriq Danish Ain Alden yang telah kembali ke rahmatullah setelah terjatuh dari tingkat 6.

“Saya telah menziarahi beliau pagi tadi dan dapat merasakan kesedihan yang dilalui oleh beliau sekeluarga,” katanya.

Iskandar berkata, PHSSB adalah syarikat milik Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).
“Ia telah mengambil alih penyelenggaraan PPR itu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak 2013,” katanya.

Katanya, Kerja disenaraikan adalah membaikpulih lif, paip air dan ‘railings’ di balkoni dan tangga. Kerja-kerja membaikpulih itu akan dimulakan secepat mungkin.

“Untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin, LPHS akan juga menjalankan pemeriksaan ke atas semua PPR di Selangor dalam masa yang terdekat,” katanya.

Iskandar berkata sebelum ini, dalam 2012 sebanyak 12 buah lif dan 8 buah pam air telah dibaikpulih atau diganti dengan kos lebih RM 1.16 juta di PPR Kota Damansara.

“Sementara untuk PPR Putra Damai, Lembah Subang sebanyak 17 lif dan 16 pam air telah dibaikpulih atau diganti dalam tahun tersebut dengan kos lebih RM1,9 juta,” katanya.EZY

KEADILAN dedah Pengarah Bestinet warga Bangladesh

Oleh: Lyn Nasir


PETALING JAYA : KEADILAN hari ini mendedahkan seorang lagi Pengarah projek Bestinet Sdn Bhd merupakan warga Bangladesh dan hanya mendapat status penduduk tetap di negara ini.

ADUN Semambu, Lee Chean Chung berkata, Aminul Islam Abdul Nor yang juga Pengarah Syarikat JR Joint Resources Sdn Bhd adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat itu.

Lee Chean ChungBeliau mempersoalkan mengapa projek bimoterik yang berkait rapat dengan soal keselamatan negara diberikan kepada syarikat berkenaan.

“Mengapakah tugasan penting ini boleh disumberluarkan kepada syarikat swasta yang diuruskan oleh warga asing?,” soalnya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Jelas Lee, Aminul memegang kad pengenalan berkod 79 yang menunjukkan beliau berasal dari Bangladesh, dan memegang seratus peratus kepentingan dalam projek berkenaan.

“Hampir seratus peratus Aminul merupakan pemegang saham projek tersebut dan ia menimbulkan keraguan dan kebimbangan kerana maklumat-maklumat yang terangkum dalam sistem tersebut merupakan informasi berkaitan dengan pengawalan sempadan (border control) dan imigresen.

“Maklumat bio-metric dan pekerja-pekerja asing merupakan maklumat sensitif yang bakal mengancam keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.

Pendedahan tersebut berikutan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas menteri, Tan Sri Azmi Khalid enggan memberi penjelasan mengenai peranan mereka dalam syarikat berkenaan.

KEADILAN semalam mendedahkan salah seorang pengarah Bestinet, ialah bekas Pengarah Jabatan Tenaga Kerja ‎Datuk Tengku Omar Tengku Bot selain Azmi Khalid.

Tengku Omar dan Azmi juga didakwa mempunyai kepentingan bersama dalam syarikat lain, “Raffles Care.”

The Star hari ini melaporkan kenaikan bayaran pemprosesan visa pekerja Indonesia menimbulkan kemarahan pengusaha agensi pekerjaan itu yang memberi amaran untuk menghentikan penghantaran tenaga kerja.

MH370: Saya Terima Hakikat Mereka Tidak Akan Kembali


Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSAIN


Maira Elizabeth Nari bersama ayahnya, Andrew Nari.
 
 
 
PETALING JAYA: Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari menerima hakikat bahawa semua penumpang dan anak kapal pesawat malang berkenaan tidak akan kembali namun berharap agar kerajaan memberikan keadilan sewajarnya kepada keluarga mangsa yang terlibat.

"Hanya Tuhan yang mengetahui apa yang saya rasa setiap kali ada pengumuman atau deklarasi daripada kerajaan mengenai MH370.

"Saya boleh terima hakikat mereka tidak akan kembali, namun keadilan adalah satu kemestian kepada semua ahli keluarga MH370. Saya kini cuba berfikiran positif," katanya dalam status yang dimuat naik di akaun twitter miliknya selepas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengumumkan bahawa pesawat MH370 diisytiharkan sebagai terlibat dalam kemalangan dan semua 239 penumpang serta anak kapal terkorban.

Pengumuman rasmi kerajaan Malaysia itu disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi siaran rakaman yang disiarkan di RTM1 pada petang, Khamis.

Dr Ghouse Mohd Noor.


Sementara itu, rakan kepada Kapten Zaharie, Dr Ghouse Mohd Noor berharap keluarga mangsa dapat menerima pengisytiharan yang diumumkan oleh DCA sebagai takdir yang telah ditentukan Allah.

"Saya yakin keluarga pasti sukar menerima berita ini, namun saya berharap agar mereka terus tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

"Saya doakan mereka dapat menerima berita ini dengan tenang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Namun, Dr Ghouse berkata beliau agak terkilan dengan tindakan DCA menangguhkan sidang media yang dijadual diadakan di Putrajaya pada petang Khamis sebaliknya membuat pengumuman mengenai MH370 melalui siaran rakaman di RTM pada petang hari sama.

"Sepatutnya mereka mengadakan sidang media seperti yang dijadualkan, kerana ini mengundang spekulasi dikalangan pengamal media terutamanya media antarabangsa.

"Cara kerajaan menangani perkara ini agak mengecewakan keluarga waris yang terlibat kerana mereka juga tidak dimaklumkan lebih awal mengenainya pengisytiharan berkenaan," katanya.

Ditanya sama ada keluarga mangsa akan menerima pampasan yang akan diberikan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) atau kerajaan Malaysia, beliau berkata: "Itu saya tidak pasti anda kena tanya kepada keluarga, namun mereka sememangnya enggan bercakap dengan pihak media mengenai isu MH370."

"Saya juga tidak tahu sama ada mereka akan mengadakan majlis tahlil, jika ada insya-Allah saya akan hadir," katanya.

Sementara itu, usaha mStar Online menghubungi Normah Jaafar, yang juga ibu kepada salah seorang anak kapal, Khairul Amri Selamat, 29 tidak berhasil kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014, hilang daripada radar sejam selepas itu ketika dalam penerbangan ke Beijing.

Kurup Cadang Batu Sumpah Diisytihar Warisan Negara


MSTAR ONLINE


Batu Sumpah yang terletak di Keningau, Sabah.
 
 
 
KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Batu Sumpah di Keningau sebagai salah sebuah warisan negara.

Katanya, cadangan itu merupakan langkah permulaan penting kerana nilai sejarah monumen itu terhadap penduduk pribumi Sabah.

"Setelah selesai semua perkara berkaitan pemindahan Batu Sumpah itu, kita minta kerajaan dapat mengambil kira cadangan untuk menjadikannya sebagai salah sebuah tapak warisan negara.

Ini sekaligus membuktikan bahawa kita serius untuk memulihara tapak monumen bersejarah itu," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Batu Sumpah berbentuk tapak kaki besar di hadapan Pejabat Daerah Keningau itu merupakan monumen bersejarah didirikan sekitar tahun 1960-an atas perjanjian antara Parti Pasok Momogun dengan Kerajaan Persekutuan untuk menghormati hak kebebasan beragama dan adat istiadat masyarakat pribumi Sabah.

Ia juga sebagai tanda taat setia masyarakat pribumi negeri ini kepada Kerajaan Persekutuan. Dalam perkembangan berkaitan, Kurup berkata tapak baharu untuk memindahkan monumen itu telah dikenal pasti iaitu berdekatan kawasan Pejabat Tanah dan Ukur Keningau dan disifatkannya kawasan strategik untuk dihargai oleh orang awam.

Kurup berkata sebuah jawatankuasa akan bertanggungjawab memastikan plak pada monumen tersebut dapat digantikan dengan plak yang lebih berkualiti dan tahan lama serta mengikut spesifikasi asalnya.

Beliau juga mencadangkan agar frasa 'Kerajaan Malaysia Jamin' tertera pada plak baharu seperti pada plak asal Batu Sumpah itu.

"Berikutan terdapat tuduhan mengatakan terdapat perkataan yang hilang, oleh itu pada plak baharu ini, kita akan pahatkan semula perkataan hilang itu," katanya.

Sementara itu, Kurup turut menegur tindakan segelintir anggota sebuah parti pembangkang melakukan satu upacara pada Batu Sumpah berkenaan yang didakwanya telah menyinggung perasaan rakyat di Sabah.

Menurutnya, terdapat ayam mati dibiarkan dekat Batu Sumpah itu selain bendera parti berkenaan dipacakkan bersebelahan monumen itu.

Jangan Nilai Keberkesanan PLKN Dalam Tempoh Singkat - Abdul Hadi


Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM


Abdul Hadi Awang Kechil.
 
 
 
PETALING JAYA: Keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah berusia 10 tahun tidak wajar dinilai dalam tempoh yang singkat kerana proses pembangunan modal insan mengambil masa yang lama untuk membuahkan hasil kepada negara.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pembentukan pembangunan manusia memerlukan tempoh yang agak panjang dan tidak boleh dibandingkan dengan pembangunan fizikal.

"Kita tak boleh bandingkan pembangunan sumber manusia dengan pembangunan fizikal yang boleh dilihat dalam tempoh setahun dua. Ia dua perkara berbeza.

"Namun apabila sampai satu peringkat negara kita berdepan situasi yang mencabar, mereka akan gunakan apa yang dipelajari dalam PLKN secara spontan terutamanya dalam mempertahankan negara," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Beliau berkata, bekas pelatih PLKN boleh diibaratkan sebagai individu yang berdiri mempertahankan negara di belakang tentera bersesuaian dengan penerapan konsep pertahanan menyeluruh dalam program tersebut.

"Tentera pertahan negara dengan membawa senjata tetapi mereka (bekas pelatih) adalah orang yang berdiri di belakang tentera. Mereka diberi persediaan dari sudut psikologi supaya sentiasa bersedia dan komited untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara," katanya.

Jelas Abdul Hadi, bekas pelatih boleh mengaplikasikan konsep ini mengikut keperluan semasa bukan sahaja persediaan menghadapi peperangan tetapi diguna pakai semasa bencana alam dan juga krisis tenaga.

"Bekas pelatih ini secara automatik akan melibatkan diri dengan program kesukarelawan seperti terlibat membantu mangsa banjir di Pantai Timur tahun lalu. Mereka tetap turun padang walaupun menggunakan wang perbelanjaan sendiri," katanya.

Beliau berkata, penerapan konsep tersebut telah melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri tinggi yang memahami peranan masing-masing apabila berlaku kecemasan, konflik, bencana bahkan semasa berlakunya peperangan.

"Mereka yang menyertai PLKN tidak akan merosakkan perpaduan negara kerana semangat patriotisme sudah disemai di dalam jiwa mereka. Jadi saya optimis program ini memberikan kesan besar dalam mencari pelapis yang akan menerajui negara pada masa depan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, keputusan kerajaan untuk menangguhkan PLKN bagi mentransformasi semula program itu disifatkan sebagai satu langkah yang bijak.

"Transformasi bukan perkara yang luar biasa tetapi ia perlu dibuat dengan mengambil kita cabaran era baharu yang kita lalui pada hari ini. Ia ibarat diri kita melakukan muhasabah diri supaya kita dapat menjadi lebih baik berbanding hari semalam.

"Itu yang cuba dilakukan kerajaan supaya kita tidak ketinggalan. Saya percaya proses transformasi dilakukan oleh setiap negara dan jika kita tidak melakukannya negara akan kerugian," katanya.

Sementara itu, beliau menggesa agar semua bekas pelatih menyertai Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang sudah diwujudkan pada 2012 bagi membolehkan mereka menyumbang bakti kepada masyarakat dengan menjalankan kerja-kerja sukarela.

Kanak-kanak nyaris jadi mangsa culik individu menyamar pemandu bas sekolah

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Dua hari lalu, tersebar cerita melalui rantaian saluran media sosial mengenai kes percubaan menculik seorang budak oleh pihak yang menyamar menggunakan van sekolah.
 
Van yang dibawa pemandu dengan niat yang mencurigakan itu dilaporkan tiba pada waktu Subuh di depan rumah di sebuah kejiranan di Cheras jauh lebih awal daripada biasa.
 
Mujur, datuk kepada budak sekolah itu mengesyaki sesuatu apabila van itu kosong sedangkan sepatutnya, giliran menjemput cucunya adalah yang terakhir dan van itu seharusnya sudah dipenuhi murid lain.
 
Memetik laporan Astro Awani, datuk kepada murid sekolah itu enggan membiarkan cucunya menaiki van tersebut, walaupun cuba dipujuk berkali-kali oleh pemandu van tersebut.
 
Setelah berlaku sedikit kekecohan, ditambah pula dengan ibu bapa jiran yang keluar melihat keadaan tersebut, pemandu van itu segera meninggalkan kawasan kejiranan itu.
 
Jika tersilap percaturan, modus operandi ‘pemandu’ tersebut mungkin berjaya dan murid sekolah itu mungkin sudah menjadi mangsa penculikan.
 
Menurut Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM), Amali Munif Rahmat ada beberapa perkara dan langkah penting yang boleh diberi perhatian oleh ibu bapa demi memastikan anak-anak mereka selamat sewaktu pergi dan pulang dari sekolah.
 
“Merujuk kepada kes tersebut, bas sekolah yang tiba jauh lebih awal daripada biasa adalah suatu kemungkinan yang sangat jarang atau tidak mungkin berlaku. Lebih lambat mungkin ada kerana banyak kes budak-budak sekolah yang lewat bersiap,” katanya.
 
Selain itu, menurut Amali, ibu bapa atau penjaga perlu ambil tahu beberapa butiran penting mengenai perkhidmatan bas sekolah yang didaftarkan untuk dinaiki anak-anak mereka.
 
Bukan sahaja perlu ambil tahu rupa dan nombor pendaftaran bas, ibu bapa juga perlu mempunyai nombor telefon tuan punya syarikat perkhidmatan dan pekerjanya termasuk pemandu bas.
 
“Dalam kemungkinan lain, jika pertukaran bas berlaku atas sebab kerosakan lihat pada pemandunya. Pastikan orang yang sama. Jika pemandu bas bertukar atas sebab sakit atau seumpamanya, lihat pada rupa dan nombor bas.
 
“Namun, selalunya perkhidmatan bas sekolah ini tidak hanya ada seorang pemandu, malah disertai seorang lagi pekerja syarikat perkhidmatan tersebut.
 
“Maka, ibu bapa perlu mengenali wajah mereka sewaktu mendaftar,” jelas Amali sambil menambah pihak pengusaha perlu memberitahu ibu bapa lebih awal jika berlaku sebarang pertukaran tertentu.
 
Begitupun, kata Amali, adalah sukar bagi pihak pengendali bas sekolah untuk menukar pemandu bas sesuka hati. Mereka perlu dilatih selama berbulan-bulan untuk diuji skil memandu, mengenal laluan perjalanan sebelum disahkan bekerja dan diperkenalkan kepada ibu bapa.

Penduduk Keramat nafi bertindak ganas semasa protes bantah Datum Jelatek

Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic
 
 
 
AMPANG JAYA: Wakil generasi ketiga penduduk Keramat Ariffin Abu Akar hari ini tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan kerajaan negeri Selangor terhadap kumpulan bantahan projek Datum Jelatek Ahad lalu dilakukan oleh penduduk tempatan.
 
Katanya beliau percaya penduduk tempatan tidak melakukan keganasan pada hari tersebut, sebaliknya ada kumpulan yang digunakan oleh pihak pemaju Datum Jelatek untuk memburukkan demonstrasi tersebut.
 
"Saya percaya ada kumpulan yang mengganas dan setelah masuk di kawasan tapak projek tidak mahu keluar itu bukan peserta kami yang sepatutnya.
 
"Penduduk Keramat yang membantah dan menyertainya pada hari itu kita yakini tidak akan bersifat demikian," katanya kepada wartawan selepas selesai membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Ampang Jaya pagi tadi.
 
Dalam masa sama beliau menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan bahawa penduduk yang membantah projek berkenaan bersikap rasis kepada kaum Cina.
 
Sebalinya beliau berkata penduduk perlu mempertahankan tanah yang sememangnya diduduki kaum Melayu sejak dari dulu lagi.
 
Untuk rekod, Ahad lalu Badan Bertindak Datum Jelatek dengan kerjasama NGO Perkasa mengadakan demonstrasi membuktikan ketidakpuasan hati terhadap pembinaan projek kondominium mewah. 
 
Ada yang bertindak merempuh zink kawasan tapak projek namun keadaan berjaya dikawal oleh pihak polis.
 
Demonstrasi itu diadakan kerana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan sebuah syarikat pemaju  didakwa membelakangkan kepentingan penduduk bumiputera tempatan dalam membangunkan projek kondominium dan ruang niaga mewah. 
 
Penduduk mendakwa projek berstatus mega dengan harga unit kondominium bermula dengan harga serendah RM700 ribu ringgit tidak mampu dibeli mereka. 
 
Selain itu mereka bimbang  projek Datum Jelatek akan mengubah  wajah Keramat  yang merupakan antara penempatan bumiputera terawal di Lembah Kelang. 
 
Kata penduduk lagi, projek berkenaan juga bukanlah khas untuk Bumiputera sebaliknya ia dijual kepada warganegara asing dari China, Taiwan dan Singapura.  

Sabotaj ekonomi negara: Tindakan tegas menanti


Najib Tun Razak, ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama Najib Tun Razak, ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan perlu meneliti semua bukti berhubung cubaan mensabotaj ekonomi negara oleh pihak tertentu sebelum mengambil tindakan tegas.

Beliau berkata lagi, sebaik sahaja aktiviti mereka dapat dikesan dan mengenal pasti pelakunya, Najib menyerahkan perkara itu kepada agensi berkaitan untuk mengambil tindakan tegas.

"Kita kena perolehi bukti dulu apa yang didakwa dilakukan oleh mereka dan kita berharap bahawa badan-badan kerajaan yang relevan itu dapat mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican semalam yang menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat individu-individu yang cuba mengambil kesempatan mengaut  keuntungan melalui urusniaga mata wang negara.

Jelasnya, perbuatan itu bagi menaja dan menjalankan operasi beberapa media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan.

Katanya lagi, kajian juga perlu dilakukan sama ada perbuatan sabotaj itu boleh didakwa di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010 untuk memastikan pencegahannya lebih berkesan.

Pengisytiharan MH370 satu kemalangan ikut ICAO

SINAR HARIAN

MH370
 
 
KUALA LUMPUR - Pengisytiharan rasmi bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 sebagai satu kemalangan dibuat berdasarkan ketetapan dan definisi yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  
Menurutnya, hakikat bahawa pesawat Boeing 777 itu tidak mendarat di mana-mana lapangan terbang selepas berlepas dan tidak sampai ke destinasi dituju dan misi mencari pesawat itu tidak mencapai matlamatnya, menjadi antara faktor insiden itu dianggap sebagai satu kemalangan.
  
"Dengan itu apa yang berlaku kepada MH370 boleh dinyatakan sebagai kemalangan mengikut ketetapan ICAO.
  
"Kita tak reka ayat tersebut (kemalangan) sesuka hati," katanya dalam satu program yang disiarkan RTM1 malam ini.

Tiong Lai, menegaskan bahawa kerajaan begitu berhati-hati dalam penggunaan perkataan "kemalangan" atau "insiden" yang mana apa yang berlaku kepada MH370
disifatkan sebagai kemalangan.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu pengumuman khas mengisytiharkan penerbangan MH370 sebagai satu kemalangan dan semua penumpang dan anak kapalnya dianggap telah terkorban.
  
Pesawat yang menuju ke Beijing itu hilang daripada imbasan radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.
  
Tiong Lai, seterusnya berkata misi pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika ia hilang itu, akan diteruskan dan sekali gus mendapatkan jawapan berhubung punca kemalangan berkenaan.
  
Katanya, penentuan punca kemalangan itu akan membantu meningkatkan kemampuan sistem radar dan kapasiti kotak hitam dalam sesuatu penerbangan.
  
Selain itu, Tiong Lai menarik perhatian bahawa pengisytiharan itu dibuat dengan mengambil kira kepentingan keluarga dan waris penumpang dan anak kapal MH370.

"Kita tidak buat sesuatu untuk (sengaja) menyedihkan hati mereka. Adalah tidak benar kita tidak berhubung atau berbincang dengan NOK (waris)," katanya.
  
Menyentuh soal pampasan kepada waris dan keluarga mangsa, katanya Malaysia Airlines perlu mematuhi apa-apa undang-undang berkaitan.
  
Namun beliau berkata walaupun pampasan ditawarkan, terpulang kepada waris dan keluarga untuk membuat keputusan mengenainya.
  
"Kita tidak memaksa anggota keluarga untuk menerima pampasan yang ditawarkan," katanya sambil menambah perbincangan boleh dilakukan dengan pihak Malaysia Airlines dalam soal pampasan. - Bernama

Wakil Pakatan di negeri BN lebih berperanan melalui ‘undi ketiga’

election_

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siamg berkata, daripada 148 PBT di seluruh negara, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan adalah negeri di mana ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat dijangka mendapat keuntungan sekiranya pilihanraya kerajaan tempatan diadakan.

“Sekiranya ingin menawan Putrajaya pada PRU-14, Pakatan Rakyat juga harus berkeyakinan memenangi 60 hingga 70 peratus kerusi ahli majlis kerajaan tempatan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan petang ini.

Pada ketika ini terdapat 148 pihak berkuasa tempatan yang terdiri daripada tiga Dewan Bandaraya, sembilan Majlis Bandaraya, 37 Majlis Perbandaran dan 99 Majlis Daerah.

Menurut Kit Siang. sekiranya setiap PBT mempunyai 25 ahli majlis yang dilantik jika undi ketiga dikembalikan, akan terdapat 3,700 ahli majlis yang dilantik di seluruh negara.

“Bermakna 2,200 ke 2,600 ahli majlis Pakatan harus dilantik, atau setiap parti Pakatan mempunyai 740 ke 900 ahli majlis yang akan mendapat pengalaman berguna sebagai pemimpin akar umbi.

“Siapa tahu, salah seorang daripada mereka boleh menjadi pemimpin akan datang, sepertimana Jokowi di Indonesia, Erdogan di Turki atau Ahmadinejad di Iran,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Berdasarkan bancian 2010, daripada 148 pihak berkuasa tempatan di Malaysia 89.2 peratus atau 132 kawasan mempunyai majoriti Melayu melebihi 50 peratus populasi, hanya dua atau tiga peratus daripadanya mempunyai majoriti Cina, dengan baki 13 lagi dengan kaum bercampur-campur, yang tujuh daripadanya dominan Cina dan enam lagi dominan Melayu.

Kajian dilakukan Kit Siang mendapati, sebelas daripada 15 PBT di Johor mempunyai majoriti Melayu, iaitu Pasir Gudang (91.4%) Mersing (77.5%) Kota Tinggi (74.6%) Tangkak (59.8%) Pontian (58.7%) Yong Peng (56.7%) Simpang Renggam (55.9%) Johor Bahru (54.1%) Muar (54.0%) dan Kulai (50.2%).

Bagi PBT dengan populasi kaum bercampur-campur, dua daripadanya dominan Melayu iaitu Kluang (Melayu 47.1% Cina 42.6% India 9.9% Lain-lain 0.5%), dan Segamat (Melayu 49.9% Cina 43.1% India 6.6% lain-lain 0.4%).

Dua lagi dominan Cina iaitu Johor Bahru Tengah (Cina 47.2%, Melayu 38.8% India 13.4% lain-lain 0.6%) dan Labis (Cina 42.4% Melayu 39.2% India 18.2% lain-lain 0.2%).

Tujuh daripada lapan PBT di Negeri Sembilan mempunyai majoriti Melayu yang jelas – Rembau (81.1%) Kuala Pular (72.7%) Nilai (63.2%) Jempol (58%) Jelebu (59.5%) Port Dickson (52.4%) dan Seremban (50.9%).

Tampin adalah satu-satunya PBT di negeri itu dengan populasi bercampur-campur yang dominan Melayu, di mana Melayu 49.6% Cina 31.8% India 18.2% dan lain-lain 0.3%.

Kedua-dua PBT di Melaka mempunyai majoriti Melayu – Alor Gajah (77.5%) dan Melaka Bandaraya Bersejarah (60.6%). – Roketkini.com

DAP, kumpulan NGO bantu mangsa banjir Orang Asli Kelantan

Gua_Musang

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP menerusi pasukan Impian Malaysia bersama rangkaian badan bukan kerajaan (NGO) berjaya menyalurkan bantuan 3.85 tan bahan makanan kepada hampir 300 keluarga Orang Asli di Gua Musang, Kelantan hujung minggu lalu.

Bantuan yang diberikan itu dijayakan dengan kerjasama United Sikhs, Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Center for Orang Asli Concerns (COAC) dan beberapa NGO lain pada 25 dan 26 Januari lalu.

Sejak awal Januari ini, COAC dan United Sikhs telah melakukan 6 sesi penghantaran bantuan makanan ke kampong-kampung Orang Asli di Kuala Betis yang tidak dapat dimasuki melalui jalan darat. Penduduk kampong telah membantu pihak NGO menyediakan tapak mengumpul dan menghantar bantuan makanan tersebut.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke, yang menyelaraskan usaha membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan sejak akhir tahun lalu, DAP bersama dengan United Sikhs telah membiayai perhidmatan helikopter ke 21 kampung yang melibatkan hampir 300 keluarga tersebut.

“Kami telah menghantar bantuan 3.85 tan bahan makanan itu sepanjang dua hari, iaitu 26 dan 26 Januari,” katanya kepada Roketkini.com

Kampung-kampung yang mendapat bantuan makanan tersebut adalah Kampung Rekom, Kg Bayor, Kg Belaj, Kg Rekom, Kg Halak, Kg Ipes, Kg Barong, Kg Peng, Kg Dakoh, Kg Perawas, Kg Badak, Kg Lalok, Kg Kenben, Kg Cacuk, Kg Ladoi, Kg Balyek, Kg Gag, Kg Telur, Kg Sempadik, Kg Balar, Kg Lama, dan Kg Temaga. Kesemuanya di Kuala Betis, Gua Musang.

Mereka menggunakan helikopter untuk membawa bantuan, antaranya adalah beras (1,000 kg), gula (300 kg), biskut (200 paket), susu (200 tin), ikan bilis (500 kg), bawang putih (50 kg) dan bawang merah (300 kg).

Usaha menggunakan kenderaan darat pada hujung minggu lalu sukar dilaksanakan berikutan masalah tanah runtuh serta jambatan rosak yang memotong akses antara kampung.

“DAP membantu atas dasar kemanusian semata-mata. Sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, kami prihatin dengan bencana yang dialami sahabat-sahabat kita di Kelantan,” kata Anthony.

DAP setakat ini telah memberikan sumbangan bantuan sebanyak RM50,000 kepada Pusat
Pengumpulan Bencana Banjir Kampung Parik, Kuala Betis.

Menurusi perbualan wartawan Roketkini.com bersama beberapa wakil Orang Asli, mereka berbesar hati dengan sumbangan yang telah disalurkan oleh DAP dan kumpulan NGO terbabit kerana setakat ini tak sampai 40 peratus penduduk yang menerima bantuan kerajaan terutama di kawasan bandar.

Beberapa wakil Orang Asli turut menyatakan mereka telah menuntut kerajaan untuk mengambil kira keadaan kesihatan dan memulihkan semula sekolah namun tuntutan tersebut tidak dilayan.

Ada juga di antara mereka yang mengecam tindakan pihak berkuasa yang yang setakat ini didakwa langsung tidak mengambil peduli keadaan hampir 18,000 Orang Asli di daerah ini yang terjejas teruk akibat bencana banjir. – Roketkini.com

Bayi meninggal dunia tersedak susu

MALAYSIAKINI


Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mati dilapor akibat tersedak susu di rumah pengasuhnya di Pangsapuri Harmoni, Jalan Masjid Negeri di Georgetown semalam.
  
Muhd Azfar Zikry Anuar yang sebelum ini dijaga pengasuh lain dihantar kepada pengasuh berkenaan buat kali pertama oleh ibunya semalam.
  
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata bayi  itu dilapor dalam keadaan tenat di atas riba pengasuhnya itu pada pukul 1.30 tengah hari.
  
"Bayi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang dan polis telah merekod keterangan pengasuh terbabit yang berusia 30-an," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati bayi itu mati akibat tersedak susu dan tiada kecederaan berunsur jenayah dikesan.Bernama

'Seperti ada sesuatu tolak saya masuk masjid’


Danny bergambar dengan latar belakang sebuah masjid. Danny bergambar dengan latar belakang sebuah masjid.
 
 
PEMAIN bola sepak dari Jerman Danny Blum, 24, telah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam selepas ‘menemui sesuatu yang baharu’.

Memetik laporan OnIslam.net, Danny berkata, agama baharu anutannya itu (Islam) memberi harapan dan kekuatan terhadapnnya.

“Kadangkala hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu…hingga saya kenal Islam. Islam beri harapan dan kekuatan, solat menenangkan jiwa saya,” katanya.

Jelas Danny, antara keinginannya untuk memeluk Islam tercetus apabila beliau terfikir akan hidup di dunia ini yang tiada arah tujuan.

“Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?,” katanya.

Danny  menyertai FC Nürnberg Bavaria pada Julai lalu.

Pasukan itu bermain di Bahagian Kedua bola sepak profesional di Jerman, Bundesliga.

Tidak lama selepas menyertai pasukan itu, dia mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Jelas Danny, ketika melawat masjid, ada sesuatu yang menolaknya untuk mengetahui tentang isinya.

"Saya telah melawat masjid, dan saya terus berdebar-debar. Saya rasa ada sesuatu yang ingin saya tahu,” ujarnya.

Semenjak itu, dia berdoa lima kali sehari dan makan makanan halal. Lantas memberitahu ibu bapanya tentang keputusannya untuk memeluk Islam.

"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama lagi mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.

"Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda berfikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati! " ujarnya

Jerman dianggarkan terdapat hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.