HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Januari 2015

Selangor darul denggi

FREE MALAYSIA TODAY

Daripada 3,000 denggi seluruh negara, Selangor mencatat 1,000 kes.


Dr Hilmi Yahaya


BALIK PULAU: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mendedahkan, Selangor merekodkan jumlah kes denggi tertinggi iaitu lebih 1,000 kes dalam tempoh seminggu.

Beliau berkata, punca negeri itu mencatat rekod tertinggi penularan wabak denggi adalah disebabkan faktor kutipan sampah yang tidak terurus.

“Penyakit demam denggi makin meningkat kini. Di seluruh negara ia mencatat jumlah kes hampir 3,000 dalam tempoh seminggu namun daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan lebih 1,000 kes denggi,” katanya, lapor Bernama.

Dr Hilmi memberitahu, kawasan yang merekadkan jumlah tertinggi wabak denggi di Selangor adalah di Petaling.

“Selangor merupakan satu kawasan urban (bandar), kerajaan tempatan perlu melihat semua sekali, perlunya penguatkuasaan di semua kawasan termasuk di kawasan-kawasan setinggan,” jelasnya.

Tiada ulasan: