HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Januari 2015

Kesemua 239 orang diisytihar meninggal dunia

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 239 orang dalam pesawat penerbangan MH370 dianggap telah meninggal dunia.

Ketua Pengarah DCA,  Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan perkara itu melalui satu rakaman yang disiarkan melalui RTM jam 6 petang ini.

Menurutnya, perisytiharan itu akan dapat membantu para waris untuk mengemukakan tuntutan ganti rugi mereka.

"Selepas 327 hari, besar kemungkinan tiada mangsa yang terselamat. Kesemua 239 penumpang dianggap telah meninggal dunia.

“Dengan penuh dukacita, kami dengan rasminya mengisytiharkan bahawa bahawa MH370 merupakan satu kemalangan mengikut piawai yang ditetapkan,” katanya.

Sidang media anjuran Jabatan Penerbangan Awam (DCA) itu sepatutnya diadakan pada jam 3.30 petang di Putrajaya.

Ia bagaimanapun dibatalkan ekoran “kehadiran waris penumpang di majlis taklimat", kata DCA dalam kenyataannya petang ini.

Anggota keluarga semalam mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan Malaysia tidak membuat kesimpulan melulu berhubung isu itu.

MH370, yang membawa 239 penumpang, hilang ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, pada Mac lalu.

Sehingga kini jejaknya masih belum dikesan.

Tiada ulasan: