HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Januari 2015

“Kelulusan KIDEX diberi Pusat, bukan MBPJ atau Selangor”

yeo_bee_yin

Roketkini.com


PETALING JAYA: Kelulusan lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) diberikan oleh kerajaan Pusat, dan bukannya oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) atau kerajaan negeri Selangor, kata ADUN Kota Damansara Teo Bee Yin.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kelulusan KIDEX bukannya oleh kerajaan negeri mahu pun MBPJ.

“Satu-satunya kelulusan yang dimiliki adalah dari kerajaan pusat, yang kini dilanjutkan sehingga 15 Februari 2015,” kata Bee Yin dalam satu kenyataan.

Ujar Bee Yin semenjak 2013, pihaknya berusaha mendapatkan fakta dan angka untuk membuat kajian berhubung kebarangkalian projek, dan untuk mana-mana pembinaan lebuh raya ia memerlukan kajian penilaian kesan trafik (TIA).

“Dalam masa yang sama, kami menggesa Kementerian Kerja Raya mengutamakan pengangkutan awam, berbanding membina lebuh raya,” ujar Bee Yin.

Menurutnya, kajian TIA merangkumi 43 laluan tempatan mendedahhkan bahawa KIDEX dan Kementerian Kerja Raya menggunakan sebahagian statistik untuk berhujah bahawa lebuh raya tersebut akan berjaya mengurangkan kadar trafik diantara 20 hingga 30 peratus.

Sedangkan penemuannya mendapati, purata pengurangan trafik secara keseluruhan yang boleh dicapai hanya 5.8 peratus sekiranya siap kelak (1,455,310 penumpang unit kereta (PCU) dengan KIDEX, berbanding 1,545,553 PCU tanpa KIDEX.

Ia dijangka menurun kepada 3 peratus dalam tempoh 10 tahun (1,858,531 PCU dengan KIDEX, berbanding 1,917,040 PCU tanpa KIDEX)

“Apabila mereka menyangkal penemuan kami, saya menunjukkan bagaimana mereka menggunakan matematik kreatif untuk menipu orang ramai,” ujar Bee Yin.

Dalam pada itu kata Bee Yin, KIDEX merupakan lebuh raya termahal di Malaysia, bernilai RM 161 juta per-kilometer, berbanding dengan RM 28 juta per-kilometer untuk (NVKE,) RM 33.juta (LDP) dan RM 37 juta (Kesas).

Dalam masa sama pihaknya turut menyatakan kebimbangan mengenai program anjuran Jabatan Perpaduan Negara baru-baru ini, sekiranya ia disalahguna sebagai takilimat KIDEX berikutan kehadiran 172 persatuan Rukun Tetangga Petaling Jaya.

“Kami bimbang sekiranya tanda tangan peserta diambil kesempatan sebagaii tanda persetujuan,” ujar Bee Yin.

Katamya, perkara tersebut antara beberapa tindakan dilakukan pihaknya sebagai bukti komitmen yang sebelum ini dilontarkan pihak tertentu dengan tuduhan kononnya ADUN DAP dan Pakatan Rakyat di Selangor ‘membisu’ tentang isu KIDEX. – Roketkini.com

Tiada ulasan: