HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Januari 2015

Had RM500,000 CBP kekal

FREE MALAYSIA TODAY

Kita berada dalam kedudukan yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.


chua-tee-yong



KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, had Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) RM500,000 adalah normal dan sehubungan itu tidak bercadang menaikkannya kepada RM1 juta.

Katanya, setakat ini kerajaan belum ada cadangan untuk membuat sebarang semakan semula ke atas had tersebut.

Mengulas laporan yang menyatakan bahawa Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menyokong cadangan supaya kerajaan meningkatkan had CBP kepada RM1 juta daripada RM500,000, Chua berkata jumlah itu ‘normal’.

“Jika anda bandingkan dengan negara serantau, Thailand dan Filipina menetapkan had masing-masing sekitar RM14,000 dan RM180,000, manakala negara maju seperti United Kingdom dan US (sekitar RM400,000), had kita sebenarnya lebih tinggi,” katanya, lapor Bernama.

Sehubungan itu beliau menjelaskan: “Bagi Malaysia yang menetapkan had pada RM500,000, angka itu secararelatifnya normal.”

“Kita beraada dalam kedudukan yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah, dan (kita tidak merancang untuk mengkajinya semula) pada masa ini,” katanya.

Chua menyatakan, had RM500,000 yang ditetapkan kerajaan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah perniagaan yang terlibat dalam pelaksanaan CBP mulai 1 April.

Beliau berkata, berdasarkan kajian awal, hanya terdapat antara 12 dan 13 peratus syarikat di Malaysia yang perlu berdaftar untuk CBP memandangkan tidak semua perniagaan memperoleh pendapatan melepasi RM500,000 setahun.

Pengerusi FMM Datuk Saw Choo Boon dilaporkan sebagai berkata bahawa had RM500,000 itu terlalu kecil untuk perniagaan ekoran inflasi dan peningkatan kos barangan.

Tiada ulasan: