HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Januari 2015

Amal diet nenek moyang elak serangan jantung


Gaya hidup dan makanan pengaruhi kesihatan arteri jantung. Gaya hidup dan makanan pengaruhi kesihatan arteri jantung.
 
 
 
PANDANGAN konvensional terhadap punca utama penyakit jantung tertumpu kepada empat arterikoronari yang mengalami penyempitan berterusan.

Timbunan plak yang dikaitkan dengan pengambilan makanan berlemak secara berlebihan, berlemak tepu atau berkolesterol pula dikatakan sebagai punca arteri menjadi sempit.

Teori tersebut merupakan teori asal pembentukan plak atherosclerosis dan masih digunakan ramai doktor hingga sekarang.

Beberapa dekad kemudian timbul pula teori yang menyatakan lemak atau kolesterol hanya akan berkumpul dalam lumen arteri jantung jika berlaku inflamasi atau keradangan.

Di sini penulis bawakan contoh yang ditulis pakar bedah jantung, Dr Dwight Lundell dengan artikel di internet berjudul ‘Heart Surgeon speaks out on what really causes heart disease.’

Penulis bersetuju dengan Dr Lindell terutama berkaitan punca pembentukan plak athereskelrosis hari ini berpunca daripada makanan rendah lemak dan tinggi karbohidrat.

Namun daripada segi mekanisme pembentukan dan komponen plak pula, penulis mempunyai pandangan berbeza.

Dr Lundell yang berpengalaman sebagai pakar bedah jantung selama 25 tahun dan telah menjalankan 5,000 pembedahan jantung (open heart surgery) mengaku, teori makanan berkolesterol sebagai punca timbunan plak berlaku pada lumen arteri jantung tidak boleh diterima secara bulat-bulat.

Ubah pandangan

Dr Lindell mengaku cuba untuk membaiki fakta perubatan dan sains yang selama ini diterima dan dianutinya sebagai benar. Sebagai penggubal pendapat (opinion maker) yang sering disogok dengan pelbagai kajian sains dan seminar, beliau percaya paras kolesterol tinggi adalah punca kepada penyakit jantung.

Jadi, rawatan sejagat yang paling mujarab bagi mengawal paras kolesterol ialah mempreskripsikan ubat-ubatan yang berfungsi menurunkan paras kolesterol.

Ia disertai dengan cadangan pengamalan diet yang mengandungi paras lemak yang amat rendah. Beliau percaya mengehadkan diet berlemak dapat menurunkan paras kolesterol dan seterusnya kadar penyakit jantung.

Menurutnya lagi, sesiapa yang mencadangkan sesuatu selain daripada cadangan sejagat ini biasanya akan dicap sebagai tidak menjalankan tugas dengan sempurna!

Beliau percaya keradangan dan kecederaan yang berlaku kepada saluran darah adalah berpunca daripada makanan rendah lemak yang dicadangkan oleh golongan perubatan moden.

Beliau menerangkan keradangan kronik berlaku kepada tubuh apabila tubuh tercedera akibat pendedahan kepada makanan (tambahan penulis: makanan terproses) dan bahan bertoksik yang tidak boleh diproses oleh tubuh.

Merokok adalah antara punca bahan yang menyebabkan keradangan kronik.

Apakah punca bahan-bahan bersifat keradangan yang terdapat dalam makanan rendah lemak yang dimaksudkan oleh Dr Lundell? Beliau percaya ramai orang terdedah kepada makanan yang tinggi dengan karbohidrat terproses dan pengambilan minyak  sayuran omega-6 secara berlebihan.

Karbohidrat terproses secara keterlaluan yang dimaksudkan beliau ialah gula, tepung ceruh dan semua produk terhasil daripada kedua-duanya. Minyak sayuran seperti jagung, bunga matahari dan kacang soya pula ialah lemak kategori omega-6 yang  biasa digunakan dalam masakan dan terdapat dalam pelbagai makanan terproses.

Pada bahagian akhir artikel beliau menyarankan pengamalan diet yang diamalkan oleh nenek moyang serta mengelakkan makanan terproses. Harapan beliau ialah makanan nenek moyang termasuk makanan segar adalah bersifat anti keradangan.

Beliau juga percaya ia dapat membantu memulihkan kerosakan yang berlaku di seluruh tubuh akibat mengambil diet Amerika (yang kaya dengan makanan terproses, bergula tinggi dan minyak omega-6) yang telah diambil selama bertahun-tahun.

Penulis bersetuju dengan pandangan beliau mengenai keradangan adalah punca kepada kerosakanarteri. Namun seperti yang penulis sampaikan dalam tulisan-tulisan sebelum ini, penulis percaya kolesterol dan lemak bukan bahan yang terdapat dalam plak atherosklerosis.

Penulis percaya keradangan daripada pelbagai punca termasuk ketidakseimbangan paras superoksida dan nitrik oksida sebagai sebab pintu/laluan kalsium yang terletak pada membran sel endothelium.

Kerosakan pintu/laluan Kalsium menyebabkan lumen arteri jantung membuncit dan ia membentuk seakan-akan plak. Teori plak atherosklerosis terdiri daripada lipid termasuk kolesterol disangkal ramai pengkritik.

Mereka berkata, jika ia benar-benar plak berlemak/berkolesterol maka ia seharusnya dapat dipisahkan dan membahagi kepada dua bahagian: yang pertama bahagian plak yang tertanggal, yang kedua permukaan lumen.

Terdapat laporan yang tidak dapat disahkan menyatakan apabila plak cuba diasingkan, bahan yang tercucuk ialah lapisan pertama iaitu lapisan dalam dan kedua (yang di tengah) arteri. Untuk pengetahuan pembaca, arteri terdiri daripada tiga lapisan.

Terdapat dua jenis mekanisme yang dianuti oleh pakar-pakar kardiovaskular yang dikatakan menyebabkan serangan jantung (myocardial infarct). Yang pertama ialah serangan jantung berlaku apabila arteri jantung tersumbat akibat enapan plak atherosklerosis yang teruk. Yang kedua akibat thrombosis.

Angioplasty (bedah menorah lipid), memasang stent atau pembedahan pintasan hanya dilakukan apabila penghidap penyakit jantung berpunca daripada arteri tersumbat didapati mengalami lebih dari 90 peratus tahap tersumbat. Soalan yang dilontarkan golongan pengkritik ialah bagaimana mungkin penghidap masih hidup sedangkan 90 peratus atau lebih lumen arteri telah tersumbat?

Arteri baru

Golongan pengkritik percaya termasuk Dr Thomas S Cowan percaya yang membantu penghidap terus hidup ialah kerana terdapat arteri-arteri baru yang tumbuh bagi mengambil alih tugas pengaliran darah.

Kehadiran arteri baru ini dikatakan tidak pernah disentuh dan dihebahkan oleh sebarang pakar kardiovaskular atau doktor daripada golongan perubatan moden.

Ini pula ialah sebuah berita yang disampaikan oleh seorang doktor kepada Dr Cowan dalam sebuah simposium di utara California.

Ketika bertugas di sebuah hospital, beliau terlibat dengan sebuah kajian yang dijalankan ke atas penduduk kulit hitam dari pedalaman Alabama.

Dalam kajian tersebut mereka menyuntik pewarna ke dalam arteri koronari pada subjek lelaki yang mengadu mengalami sakit dada. Pada seseorang yang didapati mengalami hanya sebuah arteri sahaja yang sempit, tiada sebarang intervensi dilakukan.

Namun mereka mencatat dengan menjangka bahagian jantung tertentu yang akan mengalami serangan.

Sudah tentu mereka menjangkakan bahagian yang didapati sempit akan mengalami myocardial infarct (serangan jantung berpunca daripada kekurangan bekalan darah dan oksigen, bahagian berkaitan akan mengalami kerosakan).

Namun jangkaan mereka meleset kerana hanya 10 peratus serangan jantung berlaku pada arteri yang sempit!

Tiada ulasan: