MALAYSIAKINI
Sekumpulan enam orang polis dari ibu pejabat kontinjen Kuala
Lumpur menyerbu pejabat Zunar pagi ini untuk merampas beberapa komik
karya kartunis popular itu.
Seorang kakitangan pejabat Zunar yang dihubungi Malaysiakini berkata, kumpulan polis itu memberitahu operasi ke pejabat di Pudu, Kuala Lumpur itu dibuat mengikut Akta Hasutan.
Kakitangan tersebut, yang enggan dinamakan berkata, pasukan dari Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu bagaimanapun tidak membawa
waran untuk menggeledah.
Katanya, pasukan berkenaan tiba sejak kira-kira jam 11 pagi tadi
menunggu kehadiran pengurus pejabat untuk membuka pintu bilik yang
menempatkan komik berkenaan.
Tambahnya, beliau tidak tahu judul khusus yang ingin dirampas oleh pasukan berkenaan.
Zunar atau Zulkifli Anwar Ul-Haq kini berada di Cambridge, United Kingdom atas urusan kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan