HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Januari 2015

Kontrak bas PLKN 'RM167j' belum muktamad

MALAYSIAKINI


 


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)  masih belum membuat keputusan muktamad mengenai kontrak basnya yang dikatakan bernilai RM167 juta.

Ketua Pengarah PLKN Datuk Mohamed Asri Yusof  berkata walaupun program itu ditangguhkan tahun ini, masih terdapat keperluan pengangkutan untuk jurulatih.

“Belum ada keputusan muktamad kerana walaupun penangguhan PLKN tapi masih ada keperluan program pengisian untuk jurulatih.

“Mungkin skop dan bilangan (bas PLKN) yang akan berubah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini membangkitkan persoalan sama ada kontrak bas bagi PLKN diteruskan walaupun program itu ditangguh tahun ini.

Menurut NGO yang digerakkan pemimpin PKR itu, kontrak bermula Disember tahun lepas sehingga 2017 itu melibatkan penyediaan 416 buah bas bagi 82 kem latihan PLKN.

Justeru, soal pengarah NOW Akmal Nasir, adakah kerajaan akan membayar syarikat kontraktor walaupun tiada perkhidmatan bas yang diberikan bagi tahun 2015.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi syarikat terbabit bagi mendapatkan reaksinya berhubung isu itu.

Tiada ulasan: