KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Zahid Hamidi dicadang meletak jawatan sekiranya enggan menjawab semua persoalan berkaitan suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkaitan raja judi, Paul Phua Wei-Seng.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata, keengganan Zahid menjawab persoalan dibangkitkan Pakatan Rakyat telah mencalar kredibilitinya sebagai Menteri Dalam Negeri.
“Beliau sepatutnya lebih proaktif dan berdepan dengan pertanyaan-pertanyaan yang diajukan. Jika beliau tidak mahu, saya cadang agar beliau meletakkan jawatan secara terhormat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, portal Malaysiakini semalam
melaporkan Paul Phua Wei-seng pernah ditangkap di Miri pada 2004 kerana terlibat dalam aktiviti perjudian bolasepak Euro 2004.
Fahmi berkata, mengikut laporan tersebut, Paul Phua didapati bersalah dan dikenakan denda sebelum meninggalkan negara ini.
Katanya lagi, Malaysiakini juga telah memetik sumber dalaman Polis Di-Raja Malaysia bahawa Paul Phua adalah anggota kongsi gelap 14K.
Justeru itu, Fahmi menggesa bekas Menteri Dalam Negeri yang lain supaya menjelaskan sama ada mereka turut melalui proses yang sama menulis surat seperti Zahid.
“Saya menggesa mantan Menteri-Menteri Dalam Negeri agar memikul tanggungjawab moral dan memberikan penjelasan sama ada mereka sendiri pernah menulis surat dengan proses yang sama seperti Zahid?,” gesanya.
Sebelum ini, Zahid didakwa menulis surat rasmi kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F Guiliano menafikan Phua terlibat dalam kongsi gelap 14k Triad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan