shahbudindotcom
Mahkamah
Tinggi sebelum ini membebaskannya atas tuduhan itu tetapi Mahkamah
Rayuan kemudian menyabitkannya bersalah dan dijatuhkan hukuman lima
tahun penjara. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini adalah proses yang
terakhir dalam undang-undang dan akan menentukan sama ada Anwar akan
menjadi manusia bebas atau bakal menjadi penghuni penjara sekali lagi.
Lebih dari itu, keputusan pada 10 Februari juga
amat ditunggu-tunggu kerana ia turut menentukan hidup mati Anwar dalam
politik dan sama ada cita-citanya menjadi Perdana Menteri dapat dicapai
atau sebaliknya.
Jika
dibebaskan, peluangnya bersama PR dalam PRU 14 menjadi terbuka
semula, tetapi jika dipenjarakan, dalam usianya yang sudah menjangkau 64
tahun ketika ini, ramai yang mengandaikan semuanya sudah berakhir bagi
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Anwar sendiri menyedari hakikat itu. Lantaran itu reaksinya mengenai tarikh 10 Februari ini ringkas saja iaitu "que sera sera" atau "apa nak jadi, jadilah".
Selain
sudah berusaha dan berdoa, apa yang mampu dilakukan oleh Anwar hanyalah
berserah atau bertawakal saja. "Que sera sera" yang diucapkannya adalah
petanda beliau sudah bersedia segala-galanya, sama ada dibebaskan atau
dihumban ke penjara sekali lagi.
Apa nak jadi, jadilah. Tepat sekali ungkapan itu.
Tetapi
dalam perkembangan politik semasa yang melibatkan Perdana Menteri,
Najib Razak yang semakin diasak oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir
Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin sehingga penilaian
ahli UMNO terhadapnya sudah terbelah dua dan persepsi rakyat pula
berpecah-pecah, ungkapan "que sera sera" itu lebih mendalam maksudnya.
Memang
terlihat Anwar menujukan ungkapan itu kepada dirinya, tetapi secara
tidak langsung seperti sedang melantunkannya kepada Najib juga.
Sebarang hukuman yang bakal dijatuhkan pada 10 Februari nanti tidak saja melibatkan Anwar tetapi juga menentukan masa depan Najib sendiri.
Memenjarakan
Anwar mungkin menyebabkan UMNO dan BN lebih selesa berhadapan dengan PR
dalam pilihanraya umum akan datang tetapi ia barangkali juga
menyebabkan kebangkitan rakyat yang lebih merata atas dasar simpati
kepada Ketua Pembangkang itu.
Ditambah
jika Azmin Ali yang kini menjadi Menteri Besar Selangor mengambil alih
teraju PR bersama calon-calon muda daripada Pas, PKR dan DAP dalam
pilihanraya nanti, penerimaan rakyat terhadap wajah baru PR ini mungkin
juga lebih memberangsangkan dan mampu menenggelamkan BN.
Dengan
dipenjarakan juga, memainkan isu Anwar dengan gambaran yang pelbagai
seperti pro Cina, agen Amerika, tali barut Yahudi, plural agama dan
sebagainya untuk tujuan menakut-nakutkan rakyat, secara automatik sudah
menjadi tidak relevan lagi.
Dalam
perseteruan yang makin memuncak antara Najib dengan Mahathir serta Daim
juga, menyumbat Anwar ke penjara menyebabkan Perdana Menteri kehilangan
sama-sekali talian hayat yang boleh menghulurkan tali kepadanya
daripada dilemas dan ditenggelamkan.
Lebih
mungkin lagi, dengan mendekapnya Anwar di penjara juga, Mahathir, Daim
dan penentang Najib dalam UMNO semakin agresif lagi untuk
menyingkirkannya sebagaimana paluan gendangnya sudah pun bermula
sekarang.
Membebaskan
Anwar pula, sekadar menjadikan Anwar insan suci daripada sebarang
kaitan melibatkan seks dan liwat. Tetapi Najib hanya perlu menghadapi
Anwar dan PR dalam pilihanraya ke 14 yang dijangka diadakan pada 2018
dan tempoh itu agak lama lagi.
Dalam
tempoh itu, walaupun serangan, terutamanya daripada Mahathir yang
tidak gembira kerana Anwar dibebaskan kian meningkat, tetapi Najib
mempunyai beberapa pilihan untuk menyelamatkan dirinya.
Anwar
yang sudah terhutang budi dengan Najib tentu saja lebih senang untuk
diajak berunding dan berpakat-pakat, lebih-lebih lagi Mahathir dah Daim
sudah menjadi musuh bersama mereka.
Berbanding
jika dipenjara, Najib hanya terkapai-kapai keseorangan. Hanya bercantum
dengan Anwar dapat mengukuhkan kedudukan Najib daripada serangan
Mahathir dan Daim sedangkan kelebihan itu tidak muncul jika bekerjasama
dengan lain-lain kelompok, waima Pas sekali pun.
"Que
sera sera" - diucapkan oleh Anwar dan ditujukan kepada dirinya sendiri,
namun hakikatnya Najib harus memikir lebih mengenainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan