MALAYSIAKINI
Lebih 200 tahun, manuskrip lama kurun ke-18 Hikayat Raja Babi yang lama tersimpan di perpustakaan British akan diterbitkan semula buat pertama kalinya dalam tulisan rumi April ini.
Tulisan
seorang pedagang Jawa Usup Abdul Kadir pada 1775 itu akan dapat ditatap
semula hasil inisiatif sebuah syarikat buku bebas bagi menyemarakkan
dunia sastera tanah air.
Pemilik FIXI Amir Muhammad (kanan) berkata pihaknya merumikan tulisan dalam skrip Jawi itu bagi memudahkan pembacaan kerana ia mengetengahkan kisah menarik.
Hikayat Raja Babi bukan seperti beberapa hikayat lain seperti Sejarah Melayu yang ditaja oleh pihak istana, kata Amir.
Sebaliknya, tambah beliau, ia diusahakan sendiri oleh pengarangnya.
“Hikayat Raja Babi (merupakan) seorang manusia yang disumpah
menjadi seekor babi, seorang yang sangat prihatin, gagah perkasa dan
bijaksana,” katanya.
Amir
berkata beliau memutuskan untuk menerbitkan semula karya itu setelah
membaca artikel mengenainya dalam sebuah laman web yang menggalakkan
perbincangan terbuka Projek Dialog pada November 2013.
FIXI merancang mengeluarkan 3,000 naskhah untuk cetakan pertama buku 200
halaman itu dan mengambil masa dua bulan untuk dirumikan.
Buku 200 muka surat itu dirancang turut memuatkan ilustrasi menarik.
Ia dirumikan oleh seorang penterjemah Asyraf Pendang yang dapat membaca tulisan Jawi lama.
Hikayat Raja Babi dijadual akan menemui pembaca di pesta buku antarabangsa pada 24 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan