KUALA LUMPUR - Pihak berwajib, termasuk Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu
segera menyiasat aktiviti kumpulan tertentu yang cuba mensabotaj ekonomi
negara dengan membuat spekulasi terhadap mata wang negara, termasuk
melalui mesej dan media sosial.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata terdapat dakwaan yang menyatakan ada pihak yang membuat spekulasi terhadap mata wang untuk mengaut keuntungan daripada kejatuhan ringgit.
"Saya harap SKMM dan BNM menyiasat perkara ini, dan jika benar terdapat pihak yang melakukannya, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada," katanya yang ditemui selepas merasmikan majlis Penutupan Kursus Penulisan Media Sosial Siri 1, di sini hari ini.
Kursus selama dua hari bermula semalam itu dianjurkan bersama oleh Biro Penerangan Puteri UMNO dan Pusat Rangkaian Maklumat Malaysia Berhad (MYNIC) yang disertai 60 pemimpin Puteri UMNO dari seluruh negara.
Selain itu, katanya, golongan peniaga yang ingkar untuk menurunkan harga barang selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini, juga boleh dikategorikan sebagai pensabotaj ekonomi negara.
"Dengan pelaksanaan GST, sepatutnya ada sekumpulan barang yang akan turun...tetapi kalau dia (peniaga) tidak turunkan harga barang, mereka juga boleh dikira mensabotaj ekonomi dan golongan beginilah perlu diambil tindakan.
"Kita ada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang boleh membawa mereka ke muka pengadilan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan