HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Januari 2015

Anak buah Mejar Zaidi diturunkan pangkat

MALAYSIAKINI


 


Seorang lagi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikenakan tindakan selepas mahkamah tentera mengenakan hukuman buang kerja ke atas Mejar Zaidi Ahmad.

Zaidi berkata, seorang bekas anak buahnya, Flight Sarjan Jamal Ibrahim, 46 tahun diturunkan pangkat atas kesalahnan memberi keterangan medai tanpa izin.

Katanya, keputusan tersebut dibuat oleh pegawai pemerintah Pengkalan Udara Butterworth pada 20 Januari lalu, seminggu selepas beliau dipecat oleh mahkamah tentera.

"Hukuman beliau jatuh pada 20 Januari dan beliau maklumkan saya pada 21 Januari," kata Zaidi yang baru bertemu Jamal beberapa hari lalu.

Hukuman tersebut melibatkan kesalahan memberi keterangan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera bersama beliau pada tahun 2013.

Difahamkan, Jamal menerima hukuman lebih ringan berbanding Zaidi sebagai timbal balas kerana bersetuju untuk menjadi saksi pendakwaan ke atas bekas pegawainya itu.

Tiada ulasan: