Najib
Tun Razak, ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat
Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto
Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
kerajaan perlu meneliti semua bukti berhubung cubaan mensabotaj ekonomi
negara oleh pihak tertentu sebelum mengambil tindakan tegas.
Beliau berkata lagi, sebaik sahaja aktiviti mereka dapat dikesan dan mengenal pasti pelakunya, Najib menyerahkan perkara itu kepada agensi berkaitan untuk mengambil tindakan tegas.
"Kita kena perolehi bukti dulu apa yang didakwa dilakukan oleh mereka dan kita berharap bahawa badan-badan kerajaan yang relevan itu dapat mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican semalam yang menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat individu-individu yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui urusniaga mata wang negara.
Jelasnya, perbuatan itu bagi menaja dan menjalankan operasi beberapa media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan.
Katanya lagi, kajian juga perlu dilakukan sama ada perbuatan sabotaj itu boleh didakwa di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010 untuk memastikan pencegahannya lebih berkesan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan