HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Januari 2015

Azmin tanya sama ada demo Datum Jelatek "kerja" orang luar

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membayangkan kemungkinan “orang luar” mendalangi tunjuk perasaan membantah projek Datum Jelatek semalam,.
 
Ratusan orang termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan memecahkan dinding penghalang tapak projek berkenaan di Taman Keramat kerana tindakan kerajaan negeri mahu meneruskan projek itu.
 
Azmin melontarkan kemungkinan tunjuk perasaan itu didalangi orang luar dan menegaskan projek itu tetap diteruskan.
 
"Mereka tu siapa? Anda pasti mereka adalah penduduk tempatan?," soalnya.
 
Walaupun dimaklumkan bahawa Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) Salleh Samad mengetuai demonstrasi berkenaan, Azmin terus meminta pemberita mendapatkan kesahihan tentang kumpulan yang berdemonstrasi itu.
 
Demonstrasi itu diadakan kerana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan sebuah syarikat pemaju  didakwa membelakangkan kepentingan penduduk bumiputera tempatan dalam membangunkan projek kondominium dan ruang niaga mewah.
 
Salleh mendakwa memorandum dan siri bantahan sebelum ini tidak dipedulikan kerajaan negeri dan Azmin sendiri gagal turun padang untuk berjumpa penduduk berkenaan.
 
Penduduk mendakwa projek berstatus mega dengan harga unit kondominium bermula dengan harga serendah RM700 ribu ringgit tidak mampu dibeli mereka.
 
Selain itu mereka bimbang  projek Datum Jelatek akan mengubah  wajah Keramat  yang merupakan antara penempatan bumiputera terawal di Lembah Kelang.
 
Kata penduduk lagi, projek berkenaan juga bukanlah khas untuk Bumiputera sebaliknya ia dijual kepada warganegara asing dari China, Taiwan dan Singapura. 
 
Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengeluarkan laporan lengkap bagi menyanggah dakwaan penduduk itu.
 
"Yang penting pembangunan itu mestilah tidak menjurus kepada perkauman,” kata beliau.
 
"Walaupun kita ada kouta dalam pembangunan tapi jangan jadikan ianya satu sentimen yang boleh menghalang pembangunan di Selangor. PKNS akan teliti lah bantahan itu," ujarnya lagi.

Tiada ulasan: