TEMERLOH: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
yang terbabit banjir diminta berhubung dengan cawangan perbadanan itu
yang terdapat di seluruh negara bagi menjadual semula bayaran pinjaman
mereka.
Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, penjadualan semula
pinjaman perlu dilakukan bagi mengatasi bebanan yang mereka hadapi
setelah terbabit banjir baru-baru ini.
"PTPTN bersedia menimbangkan jadual bayaran tersebut dan ia merupakan
satu tanggangjawab perbadanan itu kepada peminjam yang menghadapi
masalah terutamanya mangsa banjir untuk melunaskan pinjaman," katanya di
Temerloh hari ini.
Bagaimanapun, Shamsul Anuar berkata jumlah sebenar peminjam yang terlibat tidak diperoleh.
"Setakat ini ada peminjam yang terbabit banjir sudahpun berhubung
dengan PTPTN, tetapi jumlahnya masih kecil dan diharap lebih ramai yang
akan berurusan dan kita bersedia membantu," katanya.
Dalam masa yang sama beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong menggesa
peminjam PTPTN yang kehilangan dokumen termasuk kad keahlian, surat
perjanjian pinjaman atau berkaitan perbadanan itu dalam banjir baru-baru
ini supaya berhubung segera dengan mana-mana cawangan perbadanan itu.
Sementara itu, katanya PTPTN memperuntukkan RM2 juta bagi bantuan
peralatan persekolahan kepada kira kira 28,000 pelajar sekolah terbabit
banjir di seluruh negara tahun ini.
"Bantuan tersebut merupakan tanggungjawab sosial perbadanan dalam usaha
mengatasi bebanan yang dihadapi keluarga dan pelajar terbabit untuk
meneruskan pembelajaran ," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan