HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Januari 2015

Mustafa cabar Guan Eng hanya sandiwara – TIBAI

 
Episod Maharajaya Lawak pon tak kelakar macam ini

Muhammad Zahid Md Arip


KUALA LUMPUR: Apa susah sangat nak jumpa Guan Eng, bukan Mustafa Ali tak biasa jumpa Guan Eng, adalah respons Mursyidul AM Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI),

Muhammad Zahid Md Arip berhubung cabaran Setiausaha Agung PAS terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang untuk bersemuka.

Beliau menyindir Mustafa Ali dan Lim Guan Eng itu dengan menyatakan, “Ini hanya sandiwara jer, lebih-lebih lagi yang buat itu Mustafa Ali. Episod Maharajaya Lawak pon tak kelakar macam ini.”

“Lebih-lebih lagi ini dibuat oleh tokoh yang sangat hebat dan bersih,” sindirnya ketika bercakap kepada pemberita di hadapan Balai Polis Dang Wangi.

Sebelum itu, Mustafa Ali menyelar kenyataan Guan Eng kerana menuduh beliau tidak jujur.

“Saya ajak bersemuka kerana ini sahaja penyelesaian buat masa ini bagi meredakan keadaan. Biar saya dan Guan Eng mengatakan mengikut versi masing-masing.

“Biar rakyat tentukan siapa bercakap bohong dan siapa bercakap benar,” katanya lagi.

Mustafa mendakwa Guan Eng menuduh beliau bersikap tidak jujur dalam mengatakan keputusan mengenai pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Beliau bukan saja mendakwa perkataan-perkataan yang dibuat oleh Guan Eng sangat tidak betul dan tidak tepat, malah menganggap Guan Eng mulut celupar.

Tiada ulasan: