KUALA LUMPUR - Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
pastinya menghela nafas lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak mengumumkan bahawa pencarum boleh mengekalkan hak mereka untuk
mengeluarkan caruman pada usia 55 tahun.
Pastinya, inilah kemahuan majoriti pencarum KWSP. Keputusan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kehendak rakyat, yang enggan hak untuk mengguna dan mengeluarkan dana persaraan mereka pada usia itu dilanjutkan.
Semalam, Najib berkata KWSP akan memastikan sebarang penambahbaikan akan hanya terpakai kepada caruman baharu sekiranya pencarum memutuskan untuk bekerja setelah melepasi umur 55 tahun.
"Ini memberi keseimbangan antara harapan rakyat terhadap hasil titik peluh mereka pada umur 55 tahun sambil memberi perlindungan kepada mereka sekiranya bersara pada usia 60 tahun," katanya.
Polemik dan reaksi negatif daripada pelbagai pihak bermula apabila KWSP baru-baru ini mencadangkan untuk meminda had umur pengeluaran simpanan kepada usia 60 tahun berbanding 55 ketika ini.
Kaji selidik
Cadangan itu diutarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berdasarkan kaji selidik bebas oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP yang menunjukkan pencarum cenderung menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.
"Secara kasarnya kira-kira 70 peratus pencarum yang mengeluarkan simpanan persaraan mereka sepenuhnya akan pada dasarnya menghabiskan wang dalam tempoh tiga hingga lima tahun," katanya.
Orang ramai dan juga badan-badan bukan kerajaan, malah mereka yang berada di dalam kerajaan sendiri, tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana dilihat tidak relevan, memandangkan pada usia sebegitu pencarum KWSP amat memerlukan wang untuk pelbagai tujuan seperti kos perubatan, perumahan dan sara hidup.
Bahkan dalam masa hanya dua hari proses rundingan dalam talian menerusi laman sesawang www.kwsp.gov.my diwujudkan, terdapat lebih 50,000 pencarum mengambil bahagian dan memberi pandangan mereka, yang rata-ratanya tidak bersetuju usia pengeluaran KWSP dilanjutkan.
Kaji selidik itu yang merupakan perundingan awam terbesar yang pernah dijalankan, bermula pada 21 April dan akan berakhir pada 5 Mei.
Tingkatkan kadar caruman
Mungkinkah ada pendekatan lain yang boleh diambil kerajaan dalam membantu, sekali gus memastikan wang simpanan yang dikeluarkan pencarum dapat bertahan lebih lama bagi menampung kehidupan di hari tua?
Berkongsi pendapat, pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata kerajaan boleh mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar caruman KWSP bagi memastikan pekerja yang akan bersara mempunyai simpanan mencukupi untuk menyara kehidupan.
Beliau berkata kenaikan meskipun hanya satu peratus, ditambah dengan caruman majikan, berupaya memberi perbezaan dan faedah yang cukup besar kepada jumlah simpanan pencarum.
"Kalau dengar naik, ramai yang tidak bersetuju sedangkan ia memberi faedah untuk masa depan pencarum itu sendiri apabila mereka bersara kelak... bukan caruman pekerja sahaja dinaikkan tetapi juga caruman majikan untuk pekerja mereka.
"Jika masing-masing (pekerja dan majikan) meningkatkan caruman sebanyak satu peratus dan pekerja itu bekerja misalnya untuk 30 tahun, penambahan simpanan untuk masa depan mereka akan lebih banyak dan dapat digunakan untuk membiayai keperluan asas apabila bersara kelak," katanya kepada Bernama.
Umur 55 cukup sesuai
Beliau berkata rakyat Malaysia masih kurang kesedaran tentang kepentingan menyimpan wang, justeru peranan KWSP untuk 'memaksa' rakyat berbuat demikian adalah wajar demi masa depan dan kebajikan mereka yang lebih terjaga.
Bagaimanapun, pengeluaran caruman pada umur 55 tahun yang diamalkan ketika ini, adalah usia paling bersesuaian dan bertepatan.
"Usia 55 tahun adalah 'psychological age' di mana pekerja sudah menetapkan ketika mencecah umur itu mereka tidak mahu lagi dibebani hutang... mereka dambakan simpanan itu untuk bayar rumah, menunaikan haji, biaya anak sambung belajar dan pelbagai lagi.
"Kebanyakan yang berpendapatan tinggi mungkin tidak berapa kisah tetapi mereka yang hendak sangat wang simpanan mereka dapat dikeluarkan pada usia 55 tahun adalah mereka yang yang berpendapatan rendah, kerana banyak himpitan hidup yang perlu dipenuhi," katanya.
Mereka yang masih bekerja hingga ke usia 60 mungkin tidak mempunyai masalah kerana mempunyai gaji untuk menampung perbelanjaan harian dan boleh menggunakan wang KWSP selepas bersara, namun tidak bagi mereka yang bersara awal.
Pengeluaran dua kali
Justeru, Shazali berkata kaedah pengeluaran dua kali mungkin boleh diperkenalkan bagi memastikan wang simpanan yang dikeluarkan ahli tidak susut secara drastik dan dapat memastikan kelangsungan wang simpanan untuk jangka masa yang lebih panjang.
Contohnya, ketika usia 55 tahun pencarum boleh mengeluarkan separuh caruman mereka sebelum mengeluarkan bakinya ketika mencecah usia 60 tahun.
"Namun seseorang pekerja itu mempunyai pilihan sama ada mahu mengeluarkan sepenuhnya pada usia 55 tahun atau mahu mengeluarkan separuh-separuh... ia bukan paksaan, pekerja boleh pilih kaedah mana yang dirasakan lebih baik buat mereka.
"Itu juga kepentingan meningkatkan caruman, jadi bila simpanan KWSP pekerja lebih tinggi, ia boleh dibahagi untuk dibayar dua kali... kalau simpanan tidak cukup banyak, tidak guna juga dibayar dua kali," katanya.
Kaedah yang sama juga boleh diambil untuk pembayaran gratuiti penjawat awam iaitu separuh pembayaran pada usia 55 tahun dan separuh lagi pada usia 60 tahun.
Bantutkan rancangan
Pakar ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin pula berkata isu 'simpanan habis cepat' tidak seharusnya timbul memandangkan kebanyakan pencarum menghabiskan wang itu untuk tujuan bermanfaat.
Antaranya untuk menjelaskan pembiayaan kewangan, membeli atau membina rumah sebagai aset tetap, membiayai anak untuk menyambung pelajaran, menunaikan haji selain tujuan perubatan.
"Ini bukan masalah menghabiskan duit tetapi ini kebaikan untuk pencarum... sekiranya pengeluaran dilanjutkan untuk lima tahun lagi, banyak rancangan akan terbantut dan mengkucar-kacirkan ekonomi isi rumah.
"Bagi saya polisi pengeluaran ketika usia 55 tahun yang ada sekarang sudah cukup elok, cantik dan tidak perlu dikacau... usia 60 tahun terlalu lewat," katanya.
Beliau berkata ada pencarum yang merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk berniaga kerana ketika usia 55 tahun, mereka mungkin masih bertenaga dan masih berpeluang untuk mendapat peluang perniagaan.
"Kalau usia 60 tahun, peluang perniagaan sudah terhad ditambah dengan tahap kesihatan. Di situ akan banyak peluang terlepas dalam tempoh lima tahun...begitu juga mereka yang hendak menunaikan haji contohnya, terpaksa menangguhkan pemergian," katanya.
Beri pilihan, bimbingan
Amir Hussin berkata pekerja juga seharusnya diberi pilihan sama ada mahu mengeluarkan wang simpanan mereka pada umur 55 atau 60.
"Memang ada pekerja yang tidak mahu keluarkan wang mereka selepas pencen dan mahu keluarkan ketika usia 60 tahun misalnya... peluang boleh diberi pada orang itu... pilihan itu boleh dibuka tetapi jangan paksa," katanya.
Beliau berkata badan kerajaan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) boleh memainkan peranan dengan memberikan bimbingan dan nasihat secara individu ataupun berkumpulan kepada pencarum sebelum usia persaraan, sebagai langkah persediaan untuk mereka menguruskan wang simpanan.
"Dengan adanya penasihat kewangan, dapatlah ia menyedarkan pencarum tentang pentingnya mengurus dan membelanjakan wang simpanan dengan bijak dan berhemah untuk jangka masa panjang," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata ini bukan masanya untuk merubah polisi pengeluaran KWSP memandangkan kerajaan mempunyai banyak lagi isu yang lebih penting untuk diutamakan seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kos sara hidup rakyat dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) 2015. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan