Oleh Hazlan Zakaria
Apabila Najib Razak menjadi Perdana Menteri, dia berjaya bukanlah kerana pemilihan demokratik tetapi dengan bantuan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang memaksa presiden yang juga perdana menteri ketika itu Abdullah Badawi berundur.
Bagaimanapun, dia tidak
terlibat secara langsung sebaliknya menggunakan rakan-rakan komplot
yang menikam belakang Abdullah , secara berkias sudah tentu.
Lagaknya seperti Casca, ketua komplot menentang Julius Caesar- seperti kisah sejarah lama yang diceritakan dalam drama pentas William Shakespeare yang dinamakan sempena diktaktor Roman purba- yang menggumpulkan rakan-rakan komplot yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja kotornya.
Antara ketua rakan-rakan
komplotnya dahulu ialah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin,
seperti Brutus yang setia dalam drama pentas Shaespeare, tetapi dia
jugalah yang pernah mendesak pengunduran Abdulah dalam mesyuarat
Jawatankuasa Tertinggi Umno beberapa tahun yang lepas.
Bagaimanapun,
selepas beberapa tahun berlalu , Muhyiddin, walaupun orang nombor dua
berkuasa, kelihatan semakin menjauh daripada kelompok dalaman rapat
Najib yang didominasi oleh penasihat-penasihat terdekatnya dan
perunding-perunding yang mahal upahnya.
Malah
pemerhati politik dan sumber dalaman mengatakan bahawa walaupun dia
merupakan orang nombor dua, dia bukanlah pilihan Najib untuk
menggantikannya.
Penghormatan
itu, walaupun kelihatan sangat meragukan, dikatakan diberikan kepada
sepupu Najib dan ahli keluarga elitnya Menteri Pertahanan Hishammuddin
Hussein, yang sedang dilatih untuk mengambil alih kedudukannya yang
semakin tergugat.
Pendirian peribadi
dan politik Muhyiddin juga sangat bertentangan dengan Najib dan idea
1Malaysia malah banyak kali kenyataan TPM bertentangan dengan pendirian
dan idea yang cuba dibawa Najib.
Kenyataan yang paling terkenal sudah tentu “Melayu dulu, Malaysia kemudian’ yang bertentangan dengan idea 1Malaysia Najib.
Cerita
bahawa Hishammuddin akan menggantikan Najib kelihatan makin jelas
apabila dia terlibat dengan kes berprofil tinggi seperti sewaktu
mengendalikan krisis MH 370, walaupun banyak masalah dan isu yang
timbul.
Dalam apa juga keadaan , semenjak itu Muhyiddin kelihatan semakin jauh daripada ketuanya dan mula bergerak dengan cara sendiri.
Kembali
kepada masa sekarang, dan Mahathir sekali lagi wujud dalam
persengketaan , seperti kerjanya mengkritik Abdullah sebelum ini yang
membuka pintu kepada Najib untuk menyerang, Mahathir juga
bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan Perdana Menteri yang sedang
berkuasa.
Kecewa dengan pemerintahan
Najib yang dikatakannya tidak mencapai harapan dan dipenuhi dengan
skandal dan salah guna kuasa, Mahathir pernah berkata yang dia
bersendirian menentang Najib setelah orang Umno menyuarakan sokongannya
kepada Najib.
Tetapi tidak lagi
dengan artis terkenal seperti Siti Nurhaliza, pemimpin pembangkang
seperti ketua DAP Lim Kit Siang malah Muhyiddin telah menyuarakan
sokongan kepada Mahathir.
“Bercakap
benar dan berani berjuang telah menjadi sikap anda sejak muda dan ahli
biasa Umno,” Muhyiddin dilaporkan berkata begitu dalam forum
anti-perang pada 19 April yang dihadiri Dr M, memuji mantan presiden
Umno atas pendirian tegasnya menentang kuasa besar dan sikap suka
mencetuskan perang mereka.
“Biar
saya berikan jaminan tuan, yang tuan tidak pernah sendiri,” kata
Muhyiddin dengan merujuk kepada Mahathir yang ‘bercakap kebenaran”,
walaupun kenyataan itu dijelaskan kembali oleh TPM sebagai mengikut
konteks gerakan anti-perang tetapi dilihat oleh banyak pihak sebagai
sokongan kepada penentangan mantan perdana menteri itu kepada Najib.
Sekiranya
khabar angin ini benar, Dr M telah menemui Brutus nya sendiri, seperti
Casca dan Najib. Malah mungkin juga dia telah menemui Brutus yang sama
seperti yang pernah digunakan Najib.
Sebelum
ini Dr Mahathir menggambarkan Muhyiddin, mantan Menteri Besar Johor
sebagai calon yang paling sesuai untuk menggalas jawatan perdana
menteri seterusnya.
Mungkin juga
Muhyiddin kini kembali memainkan peranannya sebagai Judas yang terkenal
di zaman Rom purba, iaitu Brutus, dengan berganding bahu dengan
Mahathir untuk mengelakkan dia diketepikan oleh Najib dan pengikut
rapatnya.
Walaupun begitu kata-kata
semata tidak cukup sekiranya dia mahu bangkit menentang, seperti kata
pemerhati politik Shahbudin Husin dalam tulisannya yang tersiar dalam
talian.
Shahbudin dilaporkan menulis
yang Muhyiddin kini perlu bertindak kerana “perjuangan untuk kebenaran
mungkin berlanjutan tanpa ada jaminan ia akan berjaya kerana Najib
tidak akan mudah berundur.”
Dia juga
percaya yang Muhyiddin akan meraih sokongan daripada ramai rakyat
Malaysia kerana rakyat sudah penat dengan Najib dan mahu dia segera
berundur.
Apa yang tinggal kini
adalah, adakah kita akan melihat dia berperanan sebagai Brutus kepada
Najib, adakah dia akan mengangkat pisau dan menikamnya,
sekurang-kurangnya, untuk Mahathir, atau hanya menggunakan situasi ini
sebagai satu kelebihan untuk menjamin tempatnya merampas kedudukan
kuasa.
Dia
boleh bertindak seperti Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin
sebelum ini, membuat kecoh kepada Najib dengan berura-ura menyokong Dr M
atau hanya meminta PM untuk membuat apa yang tidak disukainya iaitu
memberikan jawapan kepada semua soalan Mahathir.
Dalam
apa jua keadaan ini akan menyebabkan Najib tidak senang duduk dan
mungkin seperti yang dilakukanya kepada Khairy, dia akan datang menemui
Muhyiddin membawa ganjaran dan hadiah.
Tambahan
pula, Khairy dan pemuda Umno nampaknya diberikan sesuatu oleh Najib
untuk mereka secara literal mengangkat dan membawanya keluar daripada
perjumpaan tertutup mereka dengan penuh rasa riang gembira.
Jadi
sekiranya dia tidak mengangkat pisau dan berjuang bersama Mahathir,
apakah yang akan di mintanya atau perolehi untuk mengekalkan
sokongannya kepada Najib?
Sudah
tentu, Muhyiddin mungkin juga memainkan peranan sebagai orang suruhan
Najib dan kenyataan “tuan tak pernah sendiri” hanyalah sebagai
kenyataan sinis yang menjadi tikaman halus kepada doktor itu, layaknya
mantan PM itu juga mempunyai banyak benda yang disembunyikan yang
mungkin didedahkan kepada rakyat sehingga menggugat diri dan
keluarganya, atau yang lebih buruk lagi legasinya.
Nampak sukar terjadi tetapi ada kemungkinan.
Apapun
jadinya, kenyataan Muhyiddin telah membuka dimensi baru kepada
pergelutan Dr-Najib yang mungkin boleh mengubah keseimbangan kuasa
dalam permainan politik kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan