P.Ramasamy anggap Tian Chua tidak bertanggungjawab dan telah jatuh ke dalam perangkap UMNO.
PETALING JAYA: Kenyataan Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan parti DAP sebagai “populis” dibidas oleh Timbalan Setiausaha Agung DAP P.Ramasamy.
Menyifatkannya sebagai “tidak bertanggungjawab dan tidak matang”, dia berkata Tian Chua sudah jatuh ke dalam perangkap UMNO dengan mempolitikkan isu hudud.
“Ini bukan masanya untuk membuat komen sebegitu, lebih-lebih lagi apabila DAP berdiri teguh di belakang PKR, tidak ketika kita berdepan seluruh jentera BN di Permatang Pauh,” katanya dalam satu kenyataan media.
Ramasamy mengulas komen Tian Chua dalam satu laporan di Malay Mail Online yang memetiknya berkata PAS dan DAP, masing-masing menggunakan isu hudud untuk kepentingan agama dan rasa takut.
“Jika DAP populis, maka PKR oportunis. Mereka kata mahu mendidik orang Islam berkaitan alternatif kepada hudud, jadi apa programnya?” soalnya
Dalam laporan terdahulu, Tian Chua berkata PKR mahu membantu umat Islam faham bahawa terdapat alternatif lain berdepan tanggungjawab dalam al-Quran dalam isu jenayah syariah.
Dia juga menyarankan bukan Islam supaya tidak takut dan menyerang kembali orang Islam yang benar-benar percaya bahawa hudud bersifat adil dan diperintahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan