Jamil Khir Baharom
YAN - Penguatkuasaan Akta Hasutan 1948 sudah mencukupi untuk dikenakan
terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang sekali lagi menghina
agama Islam dengan mempersendakan azan baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mahkamah Syariah bertanggungjawab terhadap isu mengenai agama Islam, namun tindakan yang boleh diambil adalah berdasarkan majlis agama Islam negeri masing-masing.
“Jakim hanya sebagai urusetia agama sahaja.. tapi sekiranya dia (perbuatan menghina Islam) dilakukan oleh bukan Islam, maka Mahkamah Syariah tidak ada capaian bidang kuasa tersebut, namun kita melihat ada bidang-bidang kuasa yang dimiliki oleh pihak-pihak berwajib di negara kita.
“Tak kira apa agama dia tak boleh menghina, Akta Hasutan sudah cukup untuk mengikat sebenarnya (Alvin Tan), sebab kita nak melihat negara kita ini aman tenteram dan dihormati dan tidak timbul kontroversi dan sensitiviti," katanya kepada pemberita di sini hari.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Jerai di sini hari ini.
Laporan sebuah akhbar hari ini memetik tiga mufti berpendapat sudah tiba masanya undang-undang Islam di Malaysia dipinda, dikemas kini dan turut terpakai untuk orang bukan Islam yang dituduh melakukan kesalahan melibatkan kesucian agama itu.
Justeru, mufti berkenaan berpendapat Alvin patut dikenakan tindakan tegas kerana sengaja memuat naik rakaman video ke laman YouTube yang menunjukkannya dia mengalunkan azan dalam rentak R&B sambil bermain keyboard.
Bagaimanapun kata Jamil, semua pandangan tersebut diambil kira untuk ketenteraman dan kestabilan negara ini.
Jamil berkata, perbuatan Tan boleh menyebabkan rakyat berada dalam keadaaan sensitif, iaitu saling mencurigai antara agama di negara ini, sedangkan ia hanya dilakukan oleh seorang sahaja dan berada di luar negara.
"Ramai rakyat Malaysia yang tidak beranggapan begitu (menghina agama), jadi kerana perbuatan itu mungkin akan menyebabkan kita saling mencurigai kerana berbeza agama sedangkan itu (pelakunya) bukan ramai, hanya seorang daripada kelompok, itu pun duduk luar negara," katanya.
Alvin kini berada di Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik untuk mengelak daripada dibicarakan atas dakwaan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan