MALAYSIAKINI
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Hanipa Maidin berkata, presiden parti itu
perlu turun sendiri ke Permatang Pauh untuk membantu Pakatan Rakyat dan
menasihati Pemuda PAS Pulau Pinang yang "kebudak-budakan."
Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, jika Datuk Seri Abdul
Hadi Awang berdepan kesibukan sesuai dengan jawatannya sebagai Timbalan
Pengerusi Persatuan Ulama Dunia hingga perlu memberi komitmen amat
tinggi menangani masalah ummah di peringkat global, Presiden PAS itu
boleh mengambil langkah lebih mudah dengan mengeluarkan arahan rasmi
kepada dewan pemuda PAS negeri.
Katanya, langkah itu perlu diambil bagi menyelesaikan segera kemelut "yang tidak sepatutnya timbul" itu.
Hari ini Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah, mengeluarkan
kenyataan menolak membantu calon Pakatan yang bertanding dalam pilihan
raya keci Permatang Pauh.
Yusni (gambar) juga mendakwa pemimpi pemuda PAS kawasan di
Pulau Pinang kecewa dengan pendekaan diambil ketua mereka sendiri,
Suhaizan Kaiat yang cuba menyelesaikan konflik berkenaan.
Rasa tidak puas hati Pemuda PAS Pulau Pinang timbul ekoran kenyataan dibuat pemimpin Angkatan Muda Keadilan negeri berkenaan.
Dalam kenyataanya hari ini, Hanipa percaya ramai ahli PAS kecewa dengan
sikap dan keputusan Yusni memboikot kempen pilihanraya kecil Permatang
Pauh.
"Pemuda PAS Pulau Pinang yang biasa dengan istilah wala' sepatutnya tidak ada masalah untuk memahami bahawa keputusan PAS mengikat mereka.
"Sewajarnya ketua pemuda negeri mengarahkan semua jenteranya memberi sokongan padu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Amat malang pemimpin terbabit memilih untuk tidak melayan - jauh sekali
menghormati - segala kenyataan dan arahan Timbalan Presiden Mohamad
Sabu, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Suhaizan Kayat"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan