HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 April 2015

Ugutan KPN bercanggah Perlembagaan

 
Laporan Tahunan 2014 menyatakan polis perlu jelas mengenai peranan mereka dalam perhimpunan awam iaitu terhad kepada pengurusan dan kawalan lalu lintas bagi memudahkan orang ramai.


Nik-Nazmi-Nik-Ahmad_600


PETALING JAYA: Ugutan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap Sekretariat #KitaLawan bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan Khalid seolah-olah memperkecilkan Perlembagaaan Malaysia yang menjamin hak semua rakyat untuk berhimpun secara aman.

“Saya ingin mengingatkan beliau bahawa bukan sahaja rakyat tidak perlu mendapat permit polis untuk berkumpul, malah notis 10 hari seperti dalam Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman telah diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes saya berkenaan Himpunan Black505,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

EXCO Selangor itu berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam Laporan Tahunan 2014 telah menyebut bahawa polis perlu jelas mengenai peranan mereka dalam perhimpunan awam, iaitu terhad kepada pengurusan dan kawalan lalu lintas bagi memudahkan orang ramai.

“SUHAKAM juga mengingatkan bahawa mana-mana himpunan tidak perlu mendapat kebenaran pihak polis, katanya.

Nik Nazmi berkata, anak muda #KitaLawan telah buktikan dalam himpunan-himpunan sebelum ini berjalan secara aman dan lancar jika tiada sekatan atau provokasi mana-mana pihak.

“Kami harap pihak polis dapat memberikan kerja sama dan menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya untuk mengawal lalu lintas bagi memudahkan dan menjamin keselamatan peserta Himpunan 1 Mei 2015,” katanya.

Tiada ulasan: