HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 April 2015

Nazir: Lebih cepat selesai 1MDB, lebih baik

MALAYSIAKINI


 


Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkata lebih cepat isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diselesaikan, lebih baik untuk rakyat.

“Kita perlu tinggalkan isu yang amat besar ini di belakang.

“Keseluruhan isu 1MDB ini, lebih cepat ia diselesaikan, lebih baik untuk semua orang orang.

“Apabila isu itu tidak diselesaikan, orang ramai akan terus jangkakan perkara lebih buruk,” katanya.

Ditemui pemberita dalam acara sampingan di forum Invest Malaysia 2015 di Kuala Lumpur hari ini, Nazir juga menyuarakan kekesalannya terhadap kegagalan  1MDB hadir dalam acara itu.

Beliau berkata tidak tahu sebab di sebaliknya.


Tiada ulasan: