HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 April 2015

PKR mahu selesai isu 'fatwa' dengan muafakat

MALAYSIAKINI


 


PKR hari ini bersikap tenang terhadap kenyataan presiden PAS yang bersetuju dengan 'fatwa' ulama akar umbinya bahawa haram menyokong calon pilihan raya yang menolak hudud.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebaliknya berkata berkata beliau yakin perkara itu dapat diselesaikan secara muafakat dalam semangat kekeluargaan.

“Jadi saya harap kesemua parti dalam memegang prinsip Pakatan Rakyat ini untuk mencapai kejayaan di masa akan datang,” katanya.

Hadi (kanan) semalam dilapor mengakui pandangan kontroversi Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman yang berkata haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud‎.

‎"Betullah tidak boleh, iya," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Online selepas selesai program “Bicara Minda” bersamanya Shah Alam semalam.

Dalam forum sama, Hadi juga keberatan untuk menyatakan sokongan terbukanya kepada calon PKR walaupun ditanya dua kali oleh peserta program itu. 


Tiada ulasan: