HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 April 2015

Seorang lagi ahli Parlimen Umno gesa Najib jawab Dr Mahathir

 OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang juga pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata hari ini, Najib tidak sepatutnya menunda menjawab soalan Dr Mahathir atau mengabaikannya sehingga pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 April, 2015.Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang juga pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata hari ini, Najib tidak sepatutnya menunda menjawab soalan Dr Mahathir atau mengabaikannya sehingga pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider,



 Datuk Seri Najib Razak perlu segera menjawab semua dakwaan yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata seorang lagi ahli Parlimen Umno hari ini, menyatakan kegagalan perdana menteri berbuat demikian akan memudaratkan parti.

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang juga pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata hari ini, Najib tidak sepatutnya menunda menjawab soalan Dr Mahathir atau mengabaikannya sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Najib perlu menjawab semua soalan tidak lama lagi jika tidak, masa depan parti akan terjejas," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.


"Rakyat akan terus menyuarakan kekecewaan dan kemarahan mereka kepada parti jika beliau tidak menyelesaikan perkara itu."

Tiada ulasan: